Monday, May 23, 2011

Lawatan Kerja ayah ke Tapak Tanah Runtuh Rumah anak yatim Hulu Langat

Kami hanya menyedari kejadian tanah runtuh rumah anak yatim di Hulu Langat ni sewaktu menonton berita jam 8.00 malam di TV9.

Keesokan harinya ketika sedang bersiap untuk ke lokasi, ayah kita, Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin, Penyelaras Program Geologi Bencana UKM, menerima arahan dari VC UKM untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang peristiwa ini. Ayah pun ke sana bersama Mr Lim, kakitangan SEADPRI UKM dan En. Shahrizal Nordin, Rapid Matrix Sdn Bhd., pemilik dan pereka alat pengesan pergerakan cerun/tanah runtuh - Geo-WES.

Terpaksa menyusuri mendaki bukit untuk ke puncak

Dr Tajul bersama Mr Lim,
Berehat sebentar melepas lelah sambil menyemak data
Pemandangan dari puncak bukit yg runtuh


En Azam, Staf Rapid Matrix...
meninjau kawasan yg wajar dipasang Geo-WESS
kesan runtuhan selepas dibersihkan


Memberi penjelasan kepada YB Ronnie Liu, Exco Negeri Selangor,


Ditemuramah oleh pemberita dari pelbagai wakil akhbar tempatan
Sedang diwawancara oleh wartawan TV3, Muhd Izwan Azir
Ditemurawah oleh wartawan Sinar Harian
Memberi taklimat mengenai punca kejadian tanah runtuh


No comments:

Post a Comment