|
Showing posts with label TV alHikmah. Show all posts
Showing posts with label TV alHikmah. Show all posts
Saturday, June 25, 2011
Unifi..... ya ke lebih baik dari Streamyx
Alhamdulillah setelah menunggu hampir sebulan selepas mendaftar melalui Ariffin iaitu rakan se kelas Aiman di Sek Men Jalan Reko dr Tg 2 hingga 5 then jadi rakan se Matrik Melaka juga... untuk line Unifi ni, akhirnya hari ini kakitangan bernama Ismail dan Wan dari Subang telah memasangnya di rumah kami.
Heran juga, kenapa yang dari Subang dihantar buat pemasangan ke Bangi...macam lah kat Bangi ke Kajang takde orangnya kan...entahlah...macam tu lah bila dah central, tugas tu diorangterpaksa buat walau di mana, selepas rumah kami mereka terpaksa ke Simpang Balak, Kajang pula....dalam sehari hanya 2 buah rumah sempat mereka buat pemasangan...
Kami memilih pakej RM149 sebulan....dan kami menerima line internet wireless dengan router, satu set telefon mudah alih terkini yang boleh call, dan sms juga.....dan sebuah decorder HyppTV dengan 16 channel ....termasuk TV1, TV2, TV3, TV4- masak2, TV7, TV8, TV9, TVHikmah, dan beberapa channel discovery, lifestyle, AlJazeera, Bloomberg dan cartoon juga....boleh lihat di bawah....
Dengan 3 buah Laptop yang memang dah siap ada Wireless Network... amat mudah dengan Unifi ni....
Wahhh seronoknya Aiman sebab boleh download movie dan cartoon dengan lajunya.....
Amboi seronoknya Arsyad dan Iera sebab boleh guna laptop tanpa gangguan...eh mana boleh satu jam jer sorang dalam satu2 masa ya....
Haii mengediklar Hana tu sebab UniFI ni siap dengan programe TVnya sendiri, boleh lah dia melayan korean TV jer kerjanya....
Tu abang belum balik lagi, sebab mengikuti latihan PALAPES UPM, InsyaAllah esok dia balik rumah, tak taulah apa pulak ....asyik sangat melayan game jer kerjanya walaupun dah muda belia...herannnn...
MasyaAllah dah ada ASTRO, ada HyppTV lagi....apa nak jadi ni....masalahnya kat UniFI ni takde Astro Oasis dan TV Hijrah, 2 channel wajib mama tuhh....2 channel ni banyak rancangan usrah dan program keagamaan yg bagus2.... HyppTV ni ada juga rancangan islamik AlHikmah...tak tahu lah lagi macamana rancangannya ok ke tidak....
So kepada yang rasa Streamyx tu macam dah lembaapp jer, jom kita tukar UniFI.... kosnya hampir serupa jer....bila dicongak-congak cuma kena tambah beberapa RM kalau kita ambil kira streamyx dan astro kan....cer korang kira bil semula....yang penting guna Unifi lebih laju beb....
Sebelum tu, cer kita baca dulu menda kat bawah ni.....
10 things you should know about uniFI
Jom daftar di sini.....
Subscribe to:
Posts (Atom)