Saturday, February 1, 2020

UMRAH DIY KELUARGA ZATAJUL Episod 2

 Bila dah dapat tiket kapalterbang baru terasa lain semacam. Rasa ketat kat dada, rasa perut penuh rama-rama.  Rasa sebak tetiba, rasa takut juga sebenarnya sebab nak usung dosa segunung ke sana. Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. Waktu ni tanpa sedar air mata mudah mengalir tanda syukur dan hiba.

 

Bagitau suami dan anak-anak semua tiket dah dapat. Baru semua tersentak dan terasa nak cari semua maklumat pasal Umrah. Bertubi2 mesej tentang Umrah, youtube mengenai Mekah dan Madinah kami kongsikan dalam group wassap keluarga. Punyalah banyak maklumat di hujung jari, tak menang tangan nak tengok semua.

 


Untuk mengimbau semula suasana di Mekah dan Madinah, youtube Mas Awiee kami tonton hari-hari. Banyak perkongsian yang diceritakan seperti cemana suasana Masjidilharam terkini, nak shopping kat mana, mana nak cari kurma murah,  semua dikongsi kat youtube beliau. Korang boleh lah tengok sekarang, ambik mood.

 

Banyak jer youtube perkongsian Umrah seperti Syoknya Umrah Kalau Reti

https://www.youtube.com/watch?v=pJdLAzj_7TQ

 

Buku-buku berkaitan Umrah lama diselongkar. Cari buku Travelog Haji tulisan prof Kamil tak jumpa. Rasa dah beli haritu. Nampak jer kat kedai, terus capai. Belum separuh buku dibaca, baru terjumpa buku yang dicari tak jumpa tu. Ceh betul lah dah beli rupanya. Pass kat anak-anak suruh baca.

 


Buku Travelog Haji ni sangat best. Bacalah. Terutama kalau kalian nak buat Haji. Aura dia lain macam. Susunan doa yang ditulis oleh Prof sangat menyentuh hati, sangat dekat dengan kita yang amalan sedikit, dosa menimbun banyaknya. Kalau korang rasa tak banyak dosa, takpe lah. Takyah baca haha.

 

Beberapa hari lepas beli tiket kapalterbang, kita survey semula hotel berdekatan Kaabah, Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Kami tak terus beli. Masih menyiasat mencari kot-kot ada tawaran menarik harga runtuh kan. Memang betul tekaan kami. Lepas beberapa hari menunggu dan menyenaraikan nama Hotel mampu sewa.

 

Paling murah dan dekat yang kami jumpa waktu tu Hotel Gloria Al Madinah Al Fayroz Al Massi. Untuk 3 malam, 2 bilik 3 katil adalah RM1833. Taraf 4 bintang. Dengan sarapan pagi. Dekat dengan Gate 16 pintu masuk khas muslimat.

Di Mekah kami memilih Hotel Hilton Makkah Convention. Untuk 7 malam, 2 bilik RM4964.50. Yang ini sebab kami dapat pakej murah RM354 satu malam, jadi takde sarapan pagi hehe. Hotel 5 bintang dekat dengan Gate 66 -74.

 

Tunggu nak check-in Gloria Hotel, Madinah

Ada sesetengah hotel, kita tak payah bayar. Booking jer. Tapi 2 hotel ni kami bayar sesiap.  Cerita pasal hotel ni memang ngeri sekejap, sebab tersilap perkiraan, entahnya cemanalah kami boleh terlepas pandang. Nanti cerita semula.

 

KakZa lebih suka bahagikan kepada 3 bahagian persediaan sebelum mengerjakan Umrah:

  1. Persediaan Fizikal dan Mental

 

Persediaan fizikal ni termasuklah persediaan dari segi kesihatan dan kekuatan fizikal. Sebelum ke tanah suci, eloklah kita buat pemeriksaan kesihatan secara general. Mana tau ada penyakit kita tak sedari kan. Eloklah dirawat sebelum melarat dan memudarat. Mencegah kan lebih baik dari merawat.

 

Inilah yang berlaku kepada suami kakZa, kerana tak buat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh, akhirnya dituduh membawa wabak. Walhal symptom dah nampak sebelum berlepas, tapi dia tetap yakin dengan keupayaannya. Nanti KakZa ceritakan semuanya kemudian. Nak bagi korang suspend.

 


Bagi mereka yang memang dah ada mengidap penyakit tertentu seperti darah tinggi, kencing manis, asma, sakit jantung dan sebagainya jangan lupa persiapkan bekalan ubat-ubatan untuk dibawa ke sana. Kat Mekah dan Madinah, ada jer farmasi tapi harganya Ya Allah mahal giler.

 

Tak masuk dek akal sungguh, kalau terpaksa korang kena tanya dulu beberapa Farmasi, sebab harga derang tak sama. Ada banyak Farmasi di sana. Semakin hampir dengan Masjidilharam semakin mahal harga ubat-ubatan mereka. Farmasi kat bangunan Hotel mahal, harganya lebih mahal. Kena rajin siasat dulu.

 

Bawa bekalan ubat-ubatan asas seperti Panadol untuk demam, Histamin ubat alahan atau selsema, ubat batuk seperti gula-gula Woods pelbagai perisa. Ubat gastrik, Ubat diarea seperti Pochai atau Charsoal tablet dan garam ORS.

 


Ni yang geram, bila kita bawak Charcoal ke mana-mana takde siapa kena diarea. Bila terlupa bawak, Aiman pulak kena diarea gara-gara makan Swarma dah separa basilah agaknya. Raihanah pun sama, lupa bawak ubat gastrik, dah lah kena gastrik juga. Melilau abangnya Asyraf mencari ubat tengah malam buta dalam kepenatan. Masa tu dah tak kira berapa harganya, main bayar jer.

 


Waktu balik dari Masjidil haram, ada kedai Swarma panggil kami bertiga, KakZa, suami dan Aiman tapi kami buat tak tau jer sebab nak mengejar Shuttle bas ke hotel. Lagipun baru lepas tawaf dan Saie, rasa dah takde kaki nak jalan. Rasa nak cepat jer sampai hotel dan kaboom membuta.

 


Esoknya Raihanah kata, balik dari solat subuh takyah beli sarapan pagi, dah ada sarapan katanya. Banyak. Rupanya dia pergi ke kedai swarma yang panggil kami buat tak tau tu, orang tu bagi 12 ketul swarma yang tak habis dijual.


Dari segi mental pulak, apa persediaan kita nak ke sana? Ke tanah suci bukan untuk melancong atau bersuka ria. Umrah adalah perjalanan Ibadah yang memerlukan pergerakan yang banyak semasa tawaf dan saie. Pergerakan yang banyak juga dalam perjalanan dari hotel ke Masjidil haram bergantung kepada jarak hotel yang disewa.

 

Tu belum jalan-jalan shopping sekitar Masjidilharam dan Madinah. Kaki memang kena kuat dan bertenaga. Untuk itu, kita kena berlatih meningkatkan stamina sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum ke sana dah mulakan latihan berjalan kaki 3 – 5 kilometer. Dapat buat 2 ke 3 kali seminggu dah bagus.

 

Perasan kan KakZa ada post beberapa kali upacara berjalan kaki dan berbasikal keliling taman perumahan kami haha. Tu lah dianya. Lebih lagi lah kami ni dah tua renta. Baru jalan sekilo dah rasa nak habis tenaga.

 

Untuk melakukan 1 Umrah contohnya, kita mungkin akan berjalan sejauh 10 kilometer.

Dari hotel ke Kaabah 150-1000 meter.

Tawaf mengelilingi kaabah 7 pusingan lebih kurang 800 – 1500 meter

Saie paling mencabar, jarak dari Safa ke Marwah 420 m kali 7 pusingan hampir 3 kilometer.

 


Kalau dicampur tolak hampir 7 hingga 10 kilometer juga perjalanannya. Kalau orang muda yang aktif sekejap jer siap dah. Alhamdulillah sekarang ni dah ada skuter, sape yang tak larat berjalan untuk Tawaf dan Saie boleh lar guna skuter.

 

Kadar sewa skuter tawaf dan Saie

2 seater

100 Riyal Tawaf sahaja

200 Riyal Tawaf dan Saie

2 seater

50 Riyal Tawaf sahaja

100 Riyal Tawaf dan Saie

 


Kami hanya jalan kaki untuk dapat menghayati dan menjiwai Ibadah Umrah ini.

No comments:

Post a Comment