Sunday, December 22, 2013

Family Trip ke Langlawi

Rancangan untuk buat rombongan family ke Langkawi telah diatur sejak 
beberapa tahun yang lalu...sejak abang Noh ada bas Persiaran...
sampai dah expired permit Bas Persiaran dan bertukar jadi
permit bas sekolah baru Allah takdirkan kita pergi...Alhamdulillah

Inilah ketua rombongan kita....abang Noh dan Kak Haya
pak Long dan Maklong anak2.....pada hari Rabu malam 18 Dis 2013
maka berangkatlah kita ...dari JB Paklong dan Maklong
ditemani family makcik Ayu dan family Pakcik En
naik kat Tol Alor Gajah...sampai Bangi jam 2 pagi
Di Bangi sedia menunggu family Pakngah, pakcik Ali,
Acik Sabariah, Makcik Lin, Maksu dan mama....
bas dipandu cermat oleh hero kita Ijat.....masa ni dah nak
sampai Pengkalan Feri Kuala Perlis.....

Punyalah banyak snap gambar...ni satu jer yang ada gambar Bas..
ececeh....ni masa kita baru terjaga dari tidur lepas berhenti solat subuh
dan sarapan di Hentian Gurun.....cantiknya pemandangan kat belakang
sana tu kan....mujur termasuk gambar bas kita...huhu...

Pemandangan dalam bas pagi itu...muka baru bangun tidur
Hanya Iera yang dapat ikut mama sebab Hana ada kelas
dan kena bagi makan minum meaw meaw kat rumah
Arsyad pulak ikut Kem Kembara Asuh.....ayah dah tentu tak
boleh ikut sebab atuk ada di rumah kita.....so Makyang dilantik
jadi tukang masak diorang yang tinggal......hehe...

Selepas melalui perjalanan yang panjang dan lenguh pinggang
terpandang jer sign board ni masing2 bersuara......hoooo....
dah nak sampai.....
sahih...sampai dah kita....ini kali ke 2 mama sampai sini
walaupun ini dah kali ke 5 ke Langkawi...selalu tu ayah ikut
Kuala Kedah jer...tak de lar jauh sangat....tapi naik feri agak lama

Keletihan sesampainya di Kuala Perlis sekitar jam 12 tengahari
Masing2 teruja nak naik feri...terutamanya yg baru 1st time...

Kami menginap di Hotel Region.... mama, Iera, Makcik Lin dan Aqila 
duduk dalam 1 bilik....yg lain duduk ikut family
Disebelah petangnya selepas berehat sekejap dibilik hotel
masing-masing....kami menuju ke Pantai Chenang....sewa 3 cab

Menikmati pemandangan mentari terbenam di Pantai Chenang
sambil makan nasi goreng kampung dan nasi goreng Cina..

Keesokkan harinya pagi2 lagi....jam 7.00 dah siap semua mencari
kedai makan berdekatan hotel..jam 8.30pg bas membawa kami
ke Gunung Macincang.......
Ketua rombongan sedang mengedarkan tiket masuk....
Mak Long dan Makngah tak nak naik lah pulak...

Sewaktu kami sampai, bas kami yang ke tiga tiba di sini
Alhamdulillah tanpa menunggu lama kami bergerak masuk ke
Langkawi Sky Cab.....ni 2nd time kita naik kan Iera...
tahun 2006 dulu masa tu Iera baru 6 tahun huhu...

































































Wednesday, November 27, 2013

Kisah masyarakat kini....dari kacamata Asyraf

Sejak buka kedai kecil di Bangi Gateway ni, mama memang rasa waktu untuk bersantai-santai sambil mengupdate blog makin tak nampak bayang......itu jer lah alasan.... Malas sebenarnya..... susahkan diri buat sampai 3 ke 4 blog tu siapa suruh...haha....

Cerita dan kisah seharian yang nak dirakamkan di sini ada jer....berlaku saban waktu.... cuma sempat merakam dalam ingatan yang semakin bertimbun berselerak...last-last lupa. Data yg dikumpul pun entah ke mana simpannya.....huhu...

Tetiba masa tengah mengantuk buka Facebook tadi terbaca kisah yang di Post oleh Asyraf ...... ermmm boleh lah kot copy paste kat sini......cumanya takde gambar lah kan... jenuh juga mengedit ejaan...sebab suka sangat diorang ni guna ringkasan yang kadang tak berbunyi bila dibaca......


"Tadi beli nescafe tin kat mydin. perasan time nak bayar, ada poster gambar perempuan tua baya2 mama la kot, wanted sebab duk mencuri la agaknya. Bila fikir balik, macam mana la wanita yang mungkin bergelar ibu tu sanggup nak mencuri. mesti ada sumthing yang mendesak dia untuk mencuri.

Bila direlatekan balik dengan keadaan semasa yang semua benda pakat nak naik harga, aku jadi tak hairan kenapa golongan manusia yang dah tua2 pun mencuri. Terpaksa. Hidup mereka dah terlalu sempit. Takde cara lain untuk bagi anak2 makan.

Muncul pulak golongan2 singkat akal yang kata "Dulu belajar malas, sekarang bila dah hidup susah nak salahkan kerajaan pulak naik harga barang". Golongan ni aku nak sangat tengok diorang dan anak2 diorang akan jadi apa nanti...sungguh bongkak.....

Tidak dinafikan memang ada jugak salahnya di pihak mereka yang hidup sempit ni. Namun tak adil untuk kita terus menghukum mereka sebegitu. 
Kadang bukan sebab diorang malas belajar dan bodoh. Ada yang dapat straight A exam tapi sebab kesempitan hidup terpaksa berhenti belajar. Kerja kais pagi makan petang. Lepastu nak sambung belajar bukannya free. Banyak je graduan sekarang ni berhutang dengan kerajaan. Susah jugak dah belajar tinggi2 pun. herm...


Teringat kisah serigala yang boleh hidup bersama sekelompok kambing tanpa risau kambing diapa apakan. Ini fenomena yang berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab...ce renung kan sekejap relationnya...

atau mungkin mak cik tu memang jahat dan suka mencuri je kot. haha...

Slurp...sedap pulak nescafe mocha sejuk2 nih"

http://www.inspirasiqurani.com/hop.php?ref=Asyraf2905
 — drinking Nescafe mocha.