Thursday, March 21, 2013

Merai kejayaan.....

Alhamdulillah...cuaca memang agak panas hari ini.... sehangat kegembiraan
suasana meraikan kejayaan anak2 yg berjaya dalam SPM.....
yang kurang berjaya pun hangat ...bersemangat untuk berusaha
lagi di masa akan datang.... SPM bukanlah penentu masa depan.....

Alhamdulillah...Hana berjaya dengan cemerlangnya...
dia memang sangat tekun berusaha untuk berjaya...
setimpal dengan usahanya.....

Abangnya Tajul Aiman post ini di wall fbnya....
"Sijil Pelajaran Malaysia" vs "Soalan Padang Mahsyar"...



Tahniah buat mereka2 yg berjaya dgn keputusan yg cemerlang...
Soalan peperiksaan yg sebenarnya kita mesti lulus dengan cemerlang ialah SPM, iaitu "Soalan Padang Mahsyar". Kalau kita gagal, tidak boleh ulang. Test JPJ, kalau gagal kita boleh ulang. Tapi SPM yg ini tidak ada peluang dah.



> Ustaz Azhar Idrus <

:: Syukurlah SPM yang sekarang ini bukan SPM di akhirat, masih boleh diperbaiki ::


Bukan mama malas nak masak...
tapi dah seronok sangat sampai lupa nak masak haha...

Banyaklah mama punya alasan....ayah ajak lunch di
Restoran De One Steak kat Puncak Bangi...

Ayah makan Rice with Beef Sizzling..... amek kaw...berasappp...

Mama saja pilih Chicken Gordon Bleu....huhu....
besar gedabak ayamnya.....bila dibelah mengalir cheesenya...nyummm
tapi tak larat nak habis ...siap bungkus...

 Hana makan Chicken Marryland......pun tak larat nak habis
bungkus sekali dengan mama punya...bolehlah bagi Iera dan Arsyad..


Ini kali kedua mama dan ayah makan di sini...Hana first time kot
kesimpulannya biasa jer....takde lah sedap sangat...buktinya
tengahari tadi waktu lunch...lengang jer ..
ada la kot 3 ke 5 meja jer yg berpelanggan....

Sunday, March 17, 2013

Program Bersama rakyat .....

Tetiba 2 malam lepas kak Zaiton call ajak meniaga untuk program ini
hurmmmm ..okey lah lagipun kita tak pernah join program macam ni...
jom tengok apa sebenarnya yang ada di sana......



Bermulanya dari jam 7.30 pagi...pengunjung mulai ramai yang hadir
program Sukaneka keluarga rupanya.... maknanya hanya untuk penduduk
di sekitar sini...tapi yg hadir tak lah rami sangat... biasalah tu
kat BBBangi ni pagi Ahad banyak sangat program macam ni...
tu tak masuk kat Putra Jaya lagi...pun ramai jer orang Bangi suka gi...
atau memang dah diwajibkan gi...ada jiran kata diwajibkan gi program
Purple Walk siap kena beli baju dan tudung Purple dari mama lagi...
Kat sini YB turut menyampaikan sumbangan untuk warga emas,
Balu dan Mualaf.... dan mengingatkan tentang PRU13 ......

Pemandangan dari gerai Tudung mama... malas nak bangun
ke sana sini ambil gambar.... panas pun ya... Kat sini mama hanya jual
tudung jer ... Alhamdulillah jualannya boleh juga....maklumlah tengah bulan nih

Antara gerai jualan lain yg terdapat di sini.... 

'Meh kopi secawan' pun ada...

Belajar menjahit manik untuk baju kurung....


Gerai tumpuan anak2..sambil nangis menarik kain baju emak
ayah diorang... gerai mainan...dah beli ini baru mama boleh shoping
dengan amannya....haha ada sorang budak merengek masa mamanya 
tengah sebok memilih tudung...dah dapat mainan..terus senyap...

Gerai Pray for Gaza pun ada......

Pemeriksaan kesihatan percuma...sebelum pengunjung lain serbu
mama buat dulu...jadi orang pertama buat...huhu berat naik lagi...
Alhamdulillah blood presure okey...128/68....berat malu nak cakap

Anak2 yang menyertai program sukaneka sedang bergambar
dengan YB Shafie Bakar dan YB Teo....selepas menerima hadiah masing2

Gerai kita..... Hana tu tengah khusyuk main game ya....
bukan kira keuntungan ke apa.....

YB Teo sempat singgah ke gerai kita...dan sempat posing

Yang berkerumun tu tengah upacara rebut gula2...
kanak2 bawah 6 tahun.... tapi yg tua2 pun join sama...haha

Gerai Jumble Sale pun ada di sana tu....

Ni pertandingan Musang Berjanggut...dengar nama macam 
ngeri jer nak join main...mama suruh Hana join....

Larr...rupanya pertandingan mengasingkan kacang hijau, kacang
Dhal dan kacang soya..... yg dah digaul mesra asingkan kpd 3 bekas

5 peserta yg siap dulu akan menerima hadiah..... Hana jatuh no 8 kot...


Nun jauh di sana pertandingan tarik Tali remaja......
program berakhir jam 12 tengahari.....

Sebelum majlis berakhir YB dah beredar dulu...rupanya ada program 
lain sedang menanti di Seksyen 15...... patut lar.....


Saturday, March 16, 2013

Crepe Daging....crepyyy


Di sana sini orang memperkatakan Crepe durian,
crepe stobery....bluberry dan segala berry.....
kemudian post kat Blackberry....cerita akan kesedapan
Crepe yang berjenis ni,... lemak berkrim...sebab 
durian digabungkan dengan Double Cream...
mama dah pernah buat, tapi anak2 tak suka....beli pun
diorang tak berapa suka....suka lagi makan durian asli...
hurmmm cer buat crepe daging pulak....

Memula kita masak inti dia ....masak jer macam nak buat 
inti karipap....guna rempah kari masaklah sampai
daging empok dan kuahnya sejat.....tambah karot ...

Kulit crepe tu buat macam nak buat crepe durian
buat lebar sket so boleh bubuh inti banyak sket...
makan 2 keping dah kenyang.....bungkus macam buat crepe
dah siap....haa bila buat macam ni baru semua orang
suka makan sampai habis......

Tuesday, March 12, 2013

Demam itu bahang Neraka....


Iera demam lagi...hari Sabtu haritu...eh 2 hari lepas dia dah
demam...2 hari elok...semalam siap ke sekolah lagi...
tetiba pagi tadi masa gerak nak ke sekolah dia demam panas lagi....
dah lah terpaksa cuti...mama bawa Iera ke Poliklinik UKM di Seksyen 15
lepas tu singgah Biryani Gam Johor...hehe alasan malas masak ...
semoga Iera segera sembuh ya....so mama cari cara
rawatan demam secara Islam....jumpa ini: 


Ustaz Wahid Abd Haniff ( wahid@telagabiru.net.my )
Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”


Abu Hurairah r.a berkata: Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”


1. Sejukkannya dengan Air
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:
Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”
Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.
Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)
Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)


2. Membaca Ruqyah
Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”
Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:
Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”
“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”

Maklumat lanjut baca di sini:

Sunday, March 10, 2013

Susu kambing dan Soya kolagen....

Bila dah masuk umur 45 ke atas....baru terasa kecergasan kian
berkurangan...nampak jer macam segar bugar.... walhal...
baru memandu pergi balik ke KL pun boleh pengsan tidur dibuatnya...
siap berdengkur kuat lagi....ye ke.....aduhaiii letih sangatlah tu...
Alhamdulillah sehingga ke hari ini memang masih sihat.....
tapi kenalah tambah supplemen yang baik2 untuk sekurang2nya 
boleh menambah tenaga....dah macam2 produk yang diambil...
Soya Kolagen konon untuk jangan nampak sangat tuanya...haha...
semua jenama dah dicuba...saja nak cari yg okey tapi berpatutan harganya...
antara soya kolagen yg pernah dicuba.....

Soya kolagen berperisa koko 10 sachet RM35
Sendayu Tinggi

Soya kolagen premix 10 sachet RM30


Yang ni berperisa coklat juga 20 sachet RM50
Nurbeutyline......
Terkini.......Soya colagen Al Haddad 15 sachet RM35


Keistimewaan kolagen dan protein kacang soya 


Kolagen adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam badan manusia 
yang berfungsi untuk menjaga struktur dan kekuatan angota badan seperti 
kulit, sendi, ligament, tendon dan organ-organ lain.
 Kolagen daripada sumber marin sangat berkesan untuk mengatasi
 masalah kulit kering, kusam, tidak sekata, berparut dan berkedut. 
Protein kacang soya juga mempunyai pelbagai kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Proses menghasilkan serbuk soya menglibatkan pembuangan 
lemak, fiber dan karbohidrat dari biji kacang soya.Ini menjadikan minuman
 ini bebas kolesterol dan sangat baik untuk kesihatan jantung dan 
menstabilkan kadar metabolisme.Kolagen soya yang diperkaya 
dengan astaxantin  (sejenis pigmen merah yang didapati pada tumbuhan dan algae) mempunyai pelbagai manafaat tambahan seperti berikut;

Meningkatkan antibodi
Anti oksida (melindungi sel daripada pengoksidaan radikal bebas. 
Bertindak mencegah kanser)
Kurangkan risiko sakit jantung
Menambahkan daya ingatan
Menambahkan daya tahan dari serangan penyakit usus
Mengeluarkan sel tidak normal di hati
Melindungi mata dan kulit daripada tindakan UV A dan UV B.


Untuk memiliki kulit yang lebih muda, cerah dan sekata? 

Soy Collagen Classic Skash adalah jawapannya. Minuman yang 
difomulasikan daripada kombinasi soya dan kolagen boleh melawan 
garis-garis halus yang timbul, kedut, kulit kusam dan tidak sekata yang
 berpunca dari umur yang meningkat, stress, pencemaran, terdedah 
kepada cahaya matahari dan lain-lain faktor yang merosakkan kulit anda. 

Formula asli ini akan mengembalikan keanjalan kulit anda dalam masa 
15 hari untuk melawan tanda-tanda penuaan dan kulit pramatang disamping
 secara perlahan-lahan memutihkan dan melembutkan kulit. Hasilnya kulit 
anda akan kelihatan lebih sihat dan lebih cerah. Minuman ini sesuai untuk 
wanita semua peringkat umur. Sangat sesuai untuk wanita yang mengandung. 
Produk ini mengandungi 2 ramuan utama: 

Soya - Berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk memutihkan 
kulit dan melembutkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan 
paras kolestrol dan suhu badan dan memberi tenaga yang 
diperlukan oleh tubuh kita. 

Kolagen - Kolagen ialah bahan semulajadi yang mengeluarkan 
cecair dalam tubuh kita untuk membekalkan struktur pada organ yag berbeza. 
Kolagen memainkan peranan untuk menjadikan kulit kita kelihatan sihat, 
muda, lembut, dan sekata. 
Berpunca dari faktor-faktor seperti peningkatan usia proses-proses 
pengeluaran kolagen berkurangan dalam tubuh kita. 
Dengan kolagen hasilnya garis-garis halus dan kedut-kedut 
akan berkurangan dan menampilkan wajah yang sihat. 
Sekaligus menghalang proses pengeluaran kedut-kedut
 dan garis-garis halus yang baru. 

Susu kambing 15 sachet RM35.....

Pagi2 sebelum keluar rumah minum satu cawan soya kolagen 
Nak tidur minum satu cawan susu kambing dan
 1 sudu madu Tualang atau madu apa saja bancuh air....
Sentiasa banyakkan minum air masak...suam lagi baik...

Monday, March 4, 2013

Bersukan sambil membeli belah....

Sukan Tahunan SERI/SEMI ABIM pada tahun ini berlangsung pada
hari Ahad 3 Mac 2013.... ramai ibubapa yang turut meraikan bersama2..
anak2 bersukan di padang...dalam cuaca panas membahang.... minuman amat diperlukan

Makcik Jie dan Mekcik Ewa mengambil kesempatan menjual minuman
sejuk dan panas serta kerepek ubi dan pisang yg diborong di Banting ...

Mama pula menjual tshirt muslimah dan tudung labuh.....
ada juga jualan pakaian dan mainan terpakai dari Charity-shop Islamic relief....
Alhamdulillah ramai pelanggan yg membelinya.....

Sebelum pelanggan datang kita minum dulu kopi Mahkota Dewa...
untuk membekalkan tenaga.....dan sanwich...kat rumah tak sempat makan...

Banyak juga gerai yang dibuka pada hari ini...ramai menjual air dan
makanan untuk sarapan ...nun di sebelah sana ada juga gerai jual baju

Kami berkongsi khemah dengan Kedai sekolah yang menjual piza, kueh muih,
buahan segar dan minuman juga....di tengah khemah kami bentang tikar
untuk duduk2 dan melepaskan lelah.....sambil makan2...

Antara pakaian yang mama jual pada hari ini...Alhamdulillah...
jualannya agak memberangsangkan dan mendapat sambutan....

Makcik Siti Jie kebetulan datang untuk beriadah di Stadium ini...
hari ni terpaksa batalkan niat...sebab balapan penuh dengan pelajar....
akhirnya dia pun join sama beriadah sambil membeli belah....

Sebok sungguh makcik Jie dan Makcik Ewa melayan pelanggan
yang tak putus2 membeli minuman panas...

Hanya gerai kami menjual minuman panas ni....
Alhamdulillah...hampir habis semua minuman kotak, tin dan sachet
Kopi, Smart koko dan milo ...Air mineral pun habis.....
Alahai ini jer gambar yang sempat mama rakam...sebab lepas tu
sebok melayan pelanggan dan banyak habis masa mengelap peluh
yang sentiasa berjujuran...memang panas sungguh cuaca...macamanalah
agaknya anak2 bersukan...muka masing2 sampai merah padam....
takpe...esok kan sekolah cuti..kita rehat panjang.....
InsyaAllah tahun depan kita berniaga lagi ya......