Wednesday, December 10, 2014

Hijrah untuk kebaikan Ummah......

Alhamdulillah...akhirnya kambing2 kami berjaya berpindah
ke D" Tualang Goat Farm, Lot 819 Kg Batu 8 Jalan Tg Tualang
Batu gajah Perak

Kandang yang lebih luas dan selesa.......walaupun pada 
jangkaan asal pindah selepas raya puasa
sebab kandang lambat siap...lepas raya haji baru pindah









New born baby yang kematian ibunya...terpaksalah
disusui setiap hari,,,,,,

Tinggallah abang bersama Shiro sebagai teman
semoga abang tabah dan berjaya....In Shaa Allah

Belum mampu nak buat rumah, ayah sediakan kabin jer
buat sementara waktu......

Dapur pun jenis terbuka......bersepahnya huhu

Bila malam....gelap gelita.....sejuk sejuk kat kampung
asyik lapor jer......Arsyad tengah panaskan lauk

Opah pun sesekali datang tinggal di sini

Kemudahan tandas dan bilik air....tu mama tengah 
mengisi kain kotor dalam mesin basuh


Alhamdulillah syukur.....ada juga rumah kedua kami di kampung
walaupun jauh 3 jam perjalanan mama dan ayah
serta adik2 selalu datang ziarah abang di sini
Boleh kata sebulan 2-3 kali kami berulang alik demi
memberi sokongan dan bantuan agar abang berjaya

Shiro .......

Bukan mama dan ayah jer selalu ziarah abang....ayah Uda
dan anak2nya Irfan dan Danial pun selalu lepak di sini

Kolam yang ada ayah belikan anak ikan talapia merah 
boleh buat lauk sesekali.....sedapnya

Kita bercucuk tanam di sini......pokok durian belanda, serai, pandan
dan macam2 lagi.....


Seronoknya bila petang kita bagi makan ikan yang
mulai membesar.....Allahuakhbar...
Subhanallah.....

No comments:

Post a Comment