Ayah2 penduduk kat taman perumahan kita ni berpakat
nak buat lemang pada malam Aidil Adha....
Maka lepas bertakbir raya ayah2 pun berhimpun di pondok
memasak ni...ramai gak yang join sama
Diorang mengisi daun dalam buloh siap2.....ayah guna buloh
lemang dan daun pisang yang ditanam di kebun kita....
Bukan semua orang pandai budget nak masukkan pulut
dalam buloh.....selalunya ayah sorang yg jadi tukang isi...
kali ni pakcik Arman nampak dah pandai tolong
Maklumlah dah banyak kali ayah2 ni berpakat membuat
lemang secara gotong royong ni....
Seperti biasa ...buat Lemang biasa, Lemang jagung dan
Lemang Pulut Hitam berjagung.....paling sedappppp
Operasi membakar bermula jam 10 malam.......
Sementara menunggu lemang tu masak dengan sempurna
Ada yang duduk2 dan bersembang2 sambil mengeratkan
hubungan silatulrahim......bukan senang nak dapat berhimpun
Ada yang berposing sambil membetulkan kedudukan lemang
yang sedang dibakar.....Tok Ketua pun join sama...
Tapi ayah gunakan masa ni untuk mengasah segala pisau dan
parang yang nak digunakan untuk menyembelih pagi esok....
Alhamdulillah akhirnya jam 2.30 pagi semua lemang siap
dimasak.....upacara merasa pulak.....sedappp
sementara menunggu lemang dibakar, di rumah mama masak
rendang kambing.....hidangan pagi raya....
Salam puan.saya jumpa blog puan semasa mencari info mengenai sekolah sek integrasi ilmuan di bbb.mohon pandangan utk anak saya yang akan masuk sek std1 tahun depan
ReplyDeleteadakah puan berpuashati dgn sekolah tersebut.sila email saya di aziahoyop@gmail.com semoga Allah rahmati puan.