Thursday, October 17, 2013

Lemang Se Taman di Aidil Adha...

Ayah2 penduduk kat taman perumahan kita ni berpakat
nak buat lemang pada malam Aidil Adha....

Maka lepas bertakbir raya ayah2 pun berhimpun di pondok
memasak ni...ramai gak yang join sama

Diorang mengisi daun dalam buloh siap2.....ayah guna buloh
lemang dan daun pisang yang ditanam di kebun kita....

Bukan semua orang pandai budget nak masukkan pulut
dalam buloh.....selalunya ayah sorang yg jadi tukang isi...
kali ni pakcik Arman nampak dah pandai tolong

Maklumlah dah banyak kali ayah2 ni berpakat membuat
lemang secara gotong royong ni....

Seperti biasa ...buat Lemang biasa, Lemang jagung dan
Lemang Pulut Hitam berjagung.....paling sedappppp


Operasi membakar bermula jam 10 malam.......

Sementara menunggu lemang tu masak dengan sempurna

Ada yang duduk2 dan bersembang2 sambil mengeratkan
hubungan silatulrahim......bukan senang nak dapat berhimpun

Ada yang berposing sambil membetulkan kedudukan lemang
yang sedang dibakar.....Tok Ketua pun join sama...

Tapi ayah gunakan masa ni untuk mengasah segala pisau dan
parang yang nak digunakan untuk menyembelih pagi esok....

Alhamdulillah akhirnya jam 2.30 pagi semua lemang siap
dimasak.....upacara merasa pulak.....sedappp
sementara menunggu lemang dibakar, di rumah mama masak
rendang kambing.....hidangan pagi raya....


Saturday, October 12, 2013

Masuk surat khabar....baru cari Utusan...


SATU lagi hab fesyen yang bakal menjadi tumpuan ialah Arcade Fashionista yang terletak di tingkat dua pusat membeli-belah Bangi Gateway di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Apa yang menarik tentang Arcade Fashionista, arked ini menempatkan lebih 50 peniaga di bawah satu bumbung dengan pelbagai barangan yang memenuhi kehendak fesyen lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.
Berkonsepkan bazar sepanjang tahun, Arcade Fashionista bakal menjadi tumpuan peminat fesyen tempatan khususnya penduduk di sekitar Bangi.
Pengurusnya, Khairul Anuar berkata, pengalamannya menjadi peniaga baju Melayu di Kompleks PKNS Bangi selama tujuh tahun membuatkan beliau memikirkan satu tempat membeli-belah seakan Pasar Siti Khadijah dan Aked di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebagai pusat sehenti penggemar fesyen tempatan.
"Penduduk di Bangi melebihi 500,000 dan majoritinya adalah Melayu dan pelanggan pula lebih suka membeli-belah dalam konsep bazar.
"Lebih menarik lagi, konsep bazar ini dikategorikan dalam beberapa kategori iaitu pakaian, tudung dan lain-lain produk.
"Pengunjung juga boleh memilih apa yang berkenan di hati dalam suasana berhawa dingin dan selesa.
"Kami juga menyediakan ruang makan dan surau kerana memahami keperluan pengunjung," kata Khairul.
Bersebelahan Arcade Fashionista ini juga kata Khairul, disediakan pusat permainan kanak-kanak, bagi memudahkan ibu bapa yang sedang mencari keperluan, anak-anak mereka dipantau di tempat permainan tersebut dengan selamat.
Walaupun baru dua minggu dilancarkan, Arcade Fashionista telah mula dikenali dan dikunjungi kerana selain jualan mereka turut menganjurkan aktiviti hujung minggu yang melibatkan para selebriti tempatan.
Khairul juga memastikan para peniaga di Arcade Fashionista mengubah fesyen dan konsep jualan secara berkala supaya pengunjung dapat menikmati fesyen terkini.
"Saya harap tempat ini menjadi terkenal dan dapat menarik seberapa ramai pengunjung dan peminat fesyen untuk membeli- belah," katanya