Monday, May 6, 2013

Tok Guru Bersara

Isnin 6 Mei 2013.....

Orang tua ini nyanyuk..mereka yang kata,
Tetapi 30 juzuk dalam kepalanya
Orang tua ini gila..mereka yang kata,
Perintah Kelantan bersih tiada selewang dan rasuah,
Orang tua ini tamak dan gila kuasa..mereka yang kata,
Separuh gaji MB nya disedekah..rumahnya sederhana,
Orang tua ini perosak Islam pemecah ummah..mereka yang kata,
Ulama seluruh dunia iktiraf dan sanjung tinggi dirinya,
Orang tua ini pembawa malapetaka..mereka yang kata,
Tenang ,bersahaja, senyum dan sabar orangnya,
Orang tua ini bapa kafir..mereka yang kata,
Islam sangat kah mereka..???

Orang tua ini hanya mahu Islam paling diatas,
Orang tua ini mahu undang Islam terlaksana,
Al Quran bukan sekadar musabaqah setiap tahun dipertandingkan,
maulidur rasul bukan sekadar berarak kerah agensi kerajaan,
Islam adil kepada semua dan berkebajikan!!

-petikan dari FB-


"Saya membaca kenyataan Tun Musa Hitam bahawa negara tidak akan 
bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah sebagaimana tuduhan pihak-pihak
 tertentu. Suka untuk saya ingatkan, inilah juga tuduhan yang dilontarkan 
kpd Kelantan apabila UMNO tewas pada tahun 1990, ada yang 
mendakwa bahawa Kelantan akan bangkrap dalam masa tiga bulan. 
Alhamdulillah, hingga ke hari ini, Kelantan tidak bangkrap bahkan 
membangun sebagaimana negeri-negeri yang lain. 
Itulah juga yang akan berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya,
 negara tidak akan bangkrap Insya-Allah."
- TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT


TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. 
Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. 
Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.


5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.



5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami. ~Sifu Siddiq.

- Pakar Diari Hati -

Dihormati dan dikasihi semua lapisan usia Ulamak ....

Tapi Tok Guru Nik Aziz hanya bersara dari jadi MB sahaja
usaha2 dakwah yang telah dan seddang dilakukan akan berterusan
seperti biasa......Moga Allah panjangkan usia Tok Guru dalam kebaikan



No comments:

Post a Comment