Saturday, March 30, 2013

Hypotensi - tekanan darah rendah

Khamis 28 Mac 2013...tetiba jer mama rasa semua benda yang ada 
di sekeliling mama berpusing laju macam kipas....kenapa nih...
Allahuakbar.... waktu ni ayah di tampat kerjanya...
Hana, Iera dan Arsyad ada di rumah....tapi masing2 sebok 
dengan hal masing2 ...mama panggil dari bilik belakang boleh pulak 
diorang tak dengar.....terus call ayah kat ofis....mujur bawa hp 
ke bilik belakang masa tu.... owhhh bahaya juga bilik belakang ni eak
kita panggil2 orang tak dengar...mujur mama masih gagah
boleh merangkak naik katil lagi dan berbaring dulu.....

waktu ayah sampai semua benda makin ligat...kalah kelajuan kipas
bila ayah suruh minum air kelapa muda...terus bersembur mama muntah...
tak sempat ke sinki...huhu kesian ayah kena bersihkan muntah mama...
lepas tu setiap kali lepas minum terus muntah.... 5 ke 6 kali juga muntahnya
muntah air jer lah dah last2 tu.... pahit giler...warna kuning pulak tu...
Alhamdulillah lepas muntah baru rasa lega sikit....tapi masih 
berpusing semua benda di sekeliling.....lepas tidur beberapa jam..
baru okey sikit...... kiranya seharian tu terbaring jerlah mama...
dan 2 hari jugalah mama solat duduk sebab kalau rukuk terus tergolek
tak boleh nak kawal dah.....Subhanallah ujian apakah ini.....



Pada 17 Mac 2013 hari tu mama dah buat pemeriksaan 
kesihatan secara percuma di Majlis PKR Bersama Rakyat,
 rasanya normal jer bacaaannya 128/68 mmHg...
bagi wanita berusia hampir keemasan nih memang macam 
tu lah kan....huhu...apalah agaknya puncanya ya......
nak keluar jumpa Doktor tapi jalan pun rasa tak larat lagi..
telefon Makcik Lin kata mungkin Tekanan Darah Rendah @ Hypotensi...
mari kita tanya En Google apa maklumat yg kita boleh dapat....

Semalam sudahnya ayah bawa jumpa Dr Hassan, Perubatan
....Homeopathy kat PKNS Bangi dapatlah ubat2 yang manis
itu sebenarnya mama bukan berani sangat nak makan ubat 
.....biasa....pahit dan besar2 gedabak tu..... hehe macamlah ayah tak tahu
tapi Dr Hassan kata Hb mama rendah lah pulak....kena makan bayam
banyak2....ada yg nasihat makan kambing dan susunya.....

Apa bendanya Tekanan Darah Rendah nih

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang 
lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap 
organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan 
menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang 
adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak,
 jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Kenapa boleh kena tekanan darah rendah eak
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, 
terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
usia
aktiviti seharian
perasaan
ubatan
pendarahan
infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan
 darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. 
Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
stroke
penyakit jantung
penyakit pada mata
pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah


Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan 
menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah.
 Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-


cepat lelah
pening kepala ketika posisi badan berubah
sukar untuk berkonsentrasi
mata berpinar-pinar
mual
kulit berasa dingin, pucat dan lembap
pernafasan cepat dan pendek
defresi
cepat haus

Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah
yang dipamkan oleh jantung dan ketahanan (resistensi) pembuluh
darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang
 boleh menyebabkan tekanan darah rendah terjadi iaitu:-


Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah 
seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam 
badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun 
sebaliknya yang terlalu lambat.
Keadaan otot yang lemah.

Ubat-ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah
Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
Beta-blockers (ubat darah tinggi)
Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
 Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin 
(sejenis ubat jantung)

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. 
Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. 
Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. 
Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan 
kadangkala menyebabkan pitam.

 Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal,
 degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk 
mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. 
Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu 
menyebabkan tekakan darah menurun.



Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana 
natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda 
sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan 
menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan 
natrium dan kalium yang tinggi adalah igalakkan 
(cth: Oral Rehydration Salt, ORS).

Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.
Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur,
tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk 
perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. 

Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat 
membantu mengatasi kesan graviti.

 Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini 
pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan 
lebih darah di bahagian atas badan.

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan 
yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti.
 Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, 
anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.



Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah

Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang 
berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah.
 Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan 
penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. 
Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. 
Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan 
kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan 
supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.

Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka 
yang mengalami postural hypotension.
 Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk 
mengembang, justeru menaikkan takanan darah.





5 comments:

  1. Sy pun ade masalah tekanan darah rendah.. bila rasa pening nak muntah bila bgn terus mcm berpinar semua tu sy jd panic melampau n jd pula tekanan darah tinggi... huhuhu... sedih..

    ReplyDelete
  2. Tp sy rasa puan ni doc kate masalah hb rendah. Bukan tekanan darah rendah kan. Hemoglobin/darah dlm badan puan kurang. Puan kena bnyk mkn sayur hijau. Atau nak senang ambil supplement alfalfa jer. Cpt darah tambah. Atau iron pill

    ReplyDelete
  3. Bahaya betul ler penyakit hypotensi ni.dgr cite kalau makan seafood boleh jadi ubat tapi ade risiko dapat gout kalau makan seafood byk sgt.

    ReplyDelete
  4. alamakai..katanya saya pun ada tekanan darah rendah....

    ReplyDelete
  5. Saya pun low blood juga dah mula dapatkan supplement ion folic. Harap ok

    ReplyDelete