Wednesday, December 8, 2010

Khasiat Pucuk Gajus

Pucuk gajus

Pilihan alternatif bagi mengekalkan wajah cantik ialah menerusi penggunaan
herba atau jamu yang tidak kurang sambutannya.
Pembaca berpeluang mencuba kaedah penjagaan wajah dan kulit menggunakan
herba GAJUS atau dikenali sebagai KETEREH, JANGGUS dan JAMBU GOLOK.

Herba dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari
keluarga tumbuhan Anacardiaceae.
Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM)
sebelum ini membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.
Pucuk gajus didapati mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik.
Di dalam pucuk gajus terdapat bahan antioksida yang boleh
meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan.
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia (UPM),
Tajuddin Abdul Manap memberitahu,
pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan.
Menurut beliau,
ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.


Pucuk yang telah dibersihkan dimakan begitu saja sebagai
ulam ataupun diminum air rebusannya.
``Mereka yang mengamalkannya dapat merasakan perbezaan kehalusan
kulit di samping ia turut memberi kesegaran kepada tubuh,''
ujar beliau. Tambah Tajuddin,
selain khasiat awet muda dan kesegaran tubuh,
pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi
dan mengurangkan sakit kencing manis.

Kerabu pucuk gajus

Menurut beliau,
air rebusan pucuk daun atau kulit kayu pokok gajus yang dikumur- kumurkan
juga boleh mengubati sakit seriawan atau ulser mulut.
Manakala kulit kayu pokok gajus yang digiling sampai lumat boleh merawat luka,
badan melecur, sakit gigi, tapak kaki pecah-pecah dan
terkena gigitan binatang berbisa.
``Kulit kayu yang telah digiling atau ditumbuk halus itu
ditampalkan pada bahagian-bahagian berkenaan.
``Bagi kes sakit digigit binatang bisa,
pesakit perlu mengeluarkan bisanya terlebih dahulu
sebelum melakukan kaedah rawatan menggunakan kulit kayu gajus ini,'' jelasnya

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete