Friday, January 3, 2014

Kem Kembara Keretapi bersama Rabbani


Waktu mama tengah menung depan komputer buka facebook
ternampak banner ni..... wahh macam best jer...
terus email dan daftarkan Iera dan Arsyad
bila belek tarikhnya .... alahaiii terserempak dengan
tarikh kita nak ke Langkawi lar pulak.....
tapi peluang ni tak boleh lepas dah....rugi rasanya kalau tak join
bila cerita ke Arsyad dia nak jer join kem macam ni sebab dah
biasa sejak ditahun 4 lagi...setahun 2-3 kali ikut kem sekolah
yang ini pulak ada kumpulan Rabbani anjur sama
naik keretapi malam pulak.....suka jer dia...
tapi Iera berbeah bagi sebab kuat sangat perasaan nak 
ke Langkawi tu.....sudahnya Arsyad pergi sorang
yurannya RM270 boleh dikatakan murahlah...

Maka mendaftarlah Arsyad bersama ayahnya.....
pada hari Sabtu 21 Disember 2013 ...pendaftaran di KL central
mereka naik komuter dari UKM dan sampai sana jam 7 ptg....
peserta dari serata tempat sejauh Terengganu pun dah sampai
orang dari Bangi sampai last.... bagus sangat sebab terpaksa
patah balik masa dah beli tiket keretapi sebab Arsyad tertinggal
handfonnya di rumah... acer bertuah punya anak....

Haaaaa... tu dia name tag Tajul Arsyad dah ada.....
Sewaktu pendaftaran mereka  menerima goody-bag ni
Sewaktu pendaftaran jugalah baru kenal yang bertudung biru tu
Cik Suriati setiausaha program ini....email pendaftaran tu mama send ke dialah
Penganjur sedang memberi taklimat mengenai perjalanan di dalam
keretapi seperti cara wuduk dan solat dalam kenderaan

Buat julong kalinya Ayah dan Arsyad berjaya menjejak kaki
di KL central.....so far hanya mama dan Iera jer yg belum pernah
sampai sini.....ayah kata...tak sangka selama ini dah merata
dunia dia pergi dan konon mengagumi perkhidmatan tren kat
luar negara spt Jepun dan Cina....tak sangka rupanya kat
Malaysia dah sama taraf dengan negara2 tu juga....
tapi kenapa masih ramai yang tidak suka menggunakan
pengangkutan awam yang ada..... sila jawap sendiri
dengan perasaan "berbunga  taik ayam" ya.....haha

Ayah hantar sampai ke sini...nampak kan ayah kat tengah2 di kejauhan
sana nun....tak reti la mama nak cerita masa ni kat ruangan mana
sebab mama tidak ada di sana.....waktu ni mama dengan Iera 
masih berada jauh nun di Utara....di Padang Besar Perlis....
mama ada ceritakan kisahnya di Family Trip ke Langkawi /Padang Besar

Dalam keretapi ni mereka duduk di seat biasa...ingatkan dok dalam kabin
yang ada katil tu.... amboiii bayar murah nak tempat spesial...
rasanya duduk pun selesa dah.....tengoklah gaya diorang ni...main game


Makan malam ke makan tengah malam nih....


Bila dah letih tu akhirnya terlena juga lah kan...sedar sedar dah sampai

Bila dah masuk waktu solat diorang pun mempraktikkan 
cara berwuduk di dalam kenderaan menggunakan spray.....
wahhh macam nak ke Mekah jer kan masa dalam flight


Arsyad sedang solat dalam keretapi....hehe...ada pulak ya
gambar Arsyad yang dirakamkan oleh cameraman majalah Anis

Selepas melalui perjalanan yang panjang dan lama sangat....
sangat meletihkan kerana keretapi terkandas lama juga....
tengahari baru mereka sampai ke Kampung apakenamanya pun...
bila tanya ke Arsyad memang dia tak ingat pun....
terpaksalah mama tanya mak angkat dia....oh Kampung Seputeh, 
Padang Sera, Kodiang Kedah....


Program menyambut kedatangan mereka ni dibuat di sebuah sekolah
berdekatan kawasan kampung ini


Punyalah meriah...siap disambut paluan kompang dari penduduk
kampung....bagusnya komitmen orang kampung ni....


Ingatkan kompang jer...siap ada paluan gong dan tiupan Nafiri
lagi .....bagus juga....kalau tak budak2 ni mana tahu kewujudan benda2 ni
semua...... tu bila tanya soklan entah tahu ke tidak apa benda yang 
pakcik tu tiup beria benar.....hanya ada di Kedah...


Tersipu malu peserta perempuan disambut meriah begitu ya.....


Siap ada silat pencak bagai.... dah macam menyambut menantu pulak
Barisan ibu angkat yang bersedia menerima anak2 angkat di rumah mereka

Antara aktiviti amal mereka, membersihkan kawasan perkuburan

Menghadiri ceramah atau motivasi

Menyaksikan persembahan rakan-rakan

Mencuci pinggan mangkuk sendiri

Membuat lawatan ke tempat menarik di Kedah seperti Muzium Padi

Sebelum sesuatu aktiviti dibuat mereka diberi taklimat khas

Arsyad bersama rakan2 bersedia untuk melakukan aktiviti lawatan

Belajar meraut buluh untuk buat pancing ....buat layang-layang pun boleh

Pertama kali menjejakkan kaki ke sawah bendang

Aktiviti menangkap puyu dan cara menanam padi

Belajar silat pun ada.....lepas ni kalau ada yang cuba kacau
kita buka langkah bunga silat ya....jangan buka langkah seribu

Program berakhir pada 25 Disember 2013...
mereka menaiki keretapi dari kedah pada malamnya
dan sampai ke KL central subuh 26 Disember 2013
waktu pergi hari tu ayah janji dengan Arsyad untuk menjemputnya
di sini...maksud ayah di KL Central
rupanya bersusah payah ayah ke sana...
Arsyad dah naik komuter ke UKM sendiri
sudahnya mama yang jemput dia di stesen Komuter UKM
sampai2 dah tak keluar suara.....Allahuakhbar...
bila ditanya nak join lagi ke kem macam ni...."boleh jer,...best apa...."
Alhamdulillah selamat sudah ....