Sunday, August 25, 2013

Bengkel bikin Silaj Super Spontan



Hari ini bermula bengkel nutrisi ternakan ruminan berasaskan alam 
semulajadi siri 1. Seramai 20 peserta seluruh negara terdiri 
penternak kambing berjaya dan yang 
sedang mengusahakan ternakan mereka.


Ayah kalau boleh memang nak ikut serta
tapi sebab baru semalam balik dari Padang Indonesia
hantar Asyraf jer....






Thursday, August 1, 2013

Pemergian ahli Jannah InsyaAllah...

Komen mereka yang mengenali Allahyarham...

Khusnul Khotimah yang terlalu cantik..
meninggal ketika ramadhan,
berwuduk,dalam solat,mulut bertasbih pd Allah,ketika sujud,
menghadap kiblat...
kurniaan Allah yg maha pengasih dan penyayang smoga kita dikurniakan mati spt ini..
.aminnnnn
~FB Ustaz Nazmi Karim~

Allahyarham Roslan Ishak, 62, meninggal dunia tatkala sujud usai 
Solat Zohor 23 Ramadhan 1434/1 Ogos 2013. 
Takziah diucapkan kepada Pn Maryani Zulkiply sekeluarga.
 Moga roh bersama orang yang beriman. Alfatihah....

Segalanya atas ketentuan Yang Maha Esa. Sahabat ini, seorang petugas PAS yg gigih, menghembuskan nafas terakhirnya dalam husnul khatimah insyaAllah. Beliau ketika ada hayatnya juga telah banyak menghabiskan masa dan tenaga menjaga kebersihan surau al-mujaahideen, desa surada. Orang panggil 'abang Lan'. 4 sebab zahiriah kita percaya dia mendapat husnul khatimah, meninggal dunia;
1. Ketika sujud solat sunat ba'diah zohor
2. Sedang berpuasa
3. Petang khamis
4. Di dalam rumah Allah.
Ya, Allah, tamatkan riwayat kami nanti dengan husnul khatimah juga ya Allah, dan masukkan kami ke syurga-Mu tanpa hisaab.

~FB Us Shafie Ngah, YB Bangi~

"Allahyarham Roslan Ishak.. siak Surau Almujahidin Desa Surada. 
Jiran, sahabat, dan orang yang ku anggap abang ku. 
Pergimu dalam kemuliaan..di dalam bulan Ramadhan,
 ketika sujud sunat ba'diah Zohor tadi 1 Ogos 2013 (23 Ramadhan 1434H).
 Pagi tadi, sempat lagi kau membersihkan karpet, lantai rumah Allah
 ini sebagai persiapan untuk tarawikh malam ini dan untuk 
solat Jumaat esok hari. Tak sedar air mataku mengalir deras ketika
 mengiringi jenazahmu ke tanah perkuburan..
Menangis sedih kerana kehilangan seorang sahabat, 
menangis kerana mengenangkan berpeluangkah 
aku mengakhiri hayat sepertimu dalam keadaan sujud, 
dalam keadaan berpuasa, di dalam rumah Allah, 
di dalam bulan yang paling mulia... Al-Fatihah.
 Allahummaghfirlahu, warhamhu..wa'afihi, wa'fu'nhu.." -

~FB Prof Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin.~




Saya bukanlah orang yang mengenali Allahyarham Roslan Ishak dengan rapat tetapi saya selalu nampak arwah setiap kali saya ke Surau Al-Mujahidin Desa Surada (cuma arwah yang kadang-kadang nampak saya, kadang-kadang tak nampak) dan pernah juga kami bertegur sapa. Masih segar dalam ingatan pada satu hari dia menyuruh saya melaungkan azan.

Cuma di sini saya ingin berkongsi amalan-amalan yang saya nampak arwah selalu kerjakan dan antaranya ialah:

1. Sentiasa datang awal ke surau (sebelum azan)
2. Solat lima waktu secara berjemaah setiap hari
3. Sentiasa berada di saf hadapan
4. Mendirikan solat sunat rawatib
5. Mengangkat dan menadah tangan tinggi ketika berdoa dengan penuh khusyuk
6. Menyusun meja dan kerusi dan menyediakan minuman untuk penceramah setiap kali ada ceramah/tazkirah

Mungkin banyak lagi amalan-amalan yang arwah kerjakan yang mungkin saya tidak perasan tapi Allah lebih mengetahui. Arwah memang seorang yang sentiasa beristiqamah dengan amalannya. Maka, memang layaklah arwah dikurniakan Husnul Khotimah...

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
"Ya Allah, Kau akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (akhir yang baik), dan janganlah Kau akhiri hidup kami dengan suu'ul khotimah (akhir yang buruk)"

Semoga roh ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang beriman
Al-Fatihah...

~FB Tajul Aiman Tajul Anuar~