Friday, November 30, 2012

Kenapa tak beli telefon pintar.....


Bila tengok kawan2 dok ralit dengan telefon pintarnya...terdetik juga dihati...
macam best jer kalau ada sebijikan.... tapi bila memikirkan macam 
tak perlu jer jadi buat tak kisah dah...biarlah keluar jenama
baru macamana pun...canggih gaya mana pun....memang
dah nekad tak nak beli....sebabnya handfon yg ada ni pun jarang
melekat kat tangan...hehe...dia pun canggih juga masa zaman dia
dikeluarkan dulu kan....cukuplah tu.....



Dalam budget 2013 PM ada bentangkan isu ni...


REBAT TELEFON PINTAR 3G BERMULA JANUARI | Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Jan depan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yakinprogram itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sangat baik.

Kementerian itu bagaimanapun sedang meneliti makna sebenar istilah’smartphone’ yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 di Parlimen September lepas, mengumumkan pemberian rebat RM200 secara ‘one-off’bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka.


So biarlah anak2 yang membelinya....itupun bila tanya kat anak2
abang ngan Aiman tak nak beli smart phone ke?
Malas lah.....ehhh ada ke malas.....alasannya kecik sangat skrinya...
tak puas...lar tukan sepatutnya alasan mama ngan ayah yg dah rabun nih....
dengan skrin seciput tu baiklah guna tablet sony kita yg sekarang ni dah macam
jadi gadget Iera jer....ya lah dah asyik dia jer yg menggunakannya...orang lain malas
nak guna sebab lecehlah guna skrin sentuh2 ni...tersilap sket sentuh dah tukar lain...
sensitf sangat.....ayah tu rasanya belum sampai 1 jam menggunakannya...haha.... 


"Tu lah sebabnya sebelum membeli gadget2 ni kita kena raji baca pasal
gadget yg kita nak beli tu jangan main beli jer....." tu lah nasihat Menteri kewangan
merangkap Banker keluarga kita.....bukan ayah tak mampu belikan ...nak beli
sebiji sorang pun boleh...yg murah2 tu lahhhh....tapi entahlah...
macam takde perasaan langsung teringin nak membelinya....
masa akan datang tak pastilah...kot memang dah sangat perlu ada
benda tu nanti kita akan tukar fikran...wallahu a'lammmm


memang mama pun dah siasat dan buat pertimbangan
banyak kali...kesimpulannya tak perlu........selepas baca artikel kat bawah ni 
menambah kuat lagi akan ayat ni....
"Dah tu....tak payah mengada2 nak beli smart phone lah eihhh...."


Membeli telefon nampak mudah tetapi kalau salah beli, buruk padahnya, apa kata kita cuba dapatkan sedikit tips membeli telefon pintar yang kurang diendahkan pengguna.

1. Keperluan atau kehendak

Beringatlah! Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak.

Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak? Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu beringat-ingat.

Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas. Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah mengubah daripada keperluan kepada kehendak.


2. Terlampau taksub pada resolusi kamera telefon

Apabila anda ke kaunter, soalan yang ditanya, berapa megapiksel kamera telefon ini? 5.0 megapiksel? 8.0 megapiksel? Atau 12.0 megapiksel? Adakah ia soalan itu penting? Jawapannya, ya, penting tetapi ia bukan segala-galanya kalau membeli telefon.

Anda akan membawa telefon ke hulur ke hilir dan fungsi kamera biasanya digunakan secara mengejut, contohnya merakam kemalangan depan mata atau selebriti yang secara tiba-tiba melintas di depan anda. Pada masa ini, resolusi bukan segala-galanya tetapi kepantasan dan kekuatan ‘shutter’ yang paling utama. Bagaimana untuk memilih shutter? Jawapan itu sukar dijawab, hanya satu tips saja iaitu cuba dulu telefon di kedai dengan merakam gambar orang lalu lalang di depan. Lihat saja model mana yang kurang ‘blur’nya.

Enjin pemproses itu memainkan peranan lebih penting dan bukannya resolusi. Ketika ini, saya lebih menggemari model iPhone 4 ke atas yang mempunyai kekuatan kamera yang benar-benar baik tetapi tidaklah terlalu hebat.

3. Terikut-ikut orang atau trend

Bak kata-kata dalam salah satu filem P Ramlee (tidak ingat pula saya tajuknya), ‘Orang mahu radio, dia mahu radio…orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru…’ kita terlalu ikut rentak orang di sekeliling sehingga lupa, selera kita tak sama dengan selera orang lain. Orang lain mungkin sesuai dengan Samsung dan kita pun turut beli produk Samsung walaupun sebenarnya kita lebih sesuai memakai Blackberry atau iPhone saja.

Terikut-ikut kawan berbeza dengan meminta nasihat dari mereka. Anda boleh bertanya tentang telefon pintar dari rakan anda tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan keperluan anda. Misalnya, kawan anda beli jenama tersebut disebabkan mereka sudah biasa memakai produk syarikat tersebut. Anda pula terus membeli tanpa mengkaji terlebih dahulu. Akibatnya, wang beribu ringgit hangus dan anda bosan dengan telefon anda tidak sampai tiga bulan memakainya.

Kadang-kadang, lebih baik kita membeli model lama yang dikeluarkan enam bulan atau setahun lamanya yang lebih murah tetapi elok dipakai. Apatah lagi, harganya sudah jatuh sekitar RM300-RM500.

4. Pilih pasca bayar yang mahal

Apabila membeli telefon pintar, anda pastinya perlukan sambungan data untuk berhubung dengan internet. Pastilah rugi telefon pintar tanpa data kan? Namun, silapnya kita ialah mendapatkan pelan pasca bayar yang mahal. Di pasaran, kebiasaannya ditawarkan pakej 1MB, 2MB, 5MB dan sebagainya. Ada yang beranggapan kita perlu mendapatkan pelan paling mahal kerana KERAP guna walaupun hakikatnya penggunaannya hanyalah separuh. Jadi semak dulu keperluan.
Kalau setakat bersosial di Whatsapp, Facebook dan Twitter, pelan 1MB sudah cukup.

Tetapi tidak salah menggunakan prabayar yang kini ada semurah RM18 sebulan berbanding penggunaan RM88 dan sebagainya. Ia sudah cukup untuk membolehkan anda merewang di internet. Manfaatkan keperluan tersebut.

5. Beli skrin sentuh walaupun tak biasa

Kadang-kadang, kita tidak rasa ‘cool’ berdampingan dengan rakan-rakan yang semuanya menggunakan telefon pintar jenis skrin sentuh berharga mahal. Kita pun ingin turut mencubanya sehingga lupa yang kita lebih biasa menggunakan papan kekunci fizikal.

Terdapat dua pengguna telefon pintar di negara ini, satu yang gemarkan skrin sentuh dan satu lagi yang lebih biasa dengan butang kekunci. Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana? Kalau mahukan skrin sentuh, banyak jenama di pasaran, kalau mahukan butang kekunci, Blackberry pilihan terbaik sekarang.

Kalau sudah nekad menggunakan skrin sentuh, pastikan anda membiasakan diri mempelajarinya.

6. Kurang membaca untuk sedikit penyelidikan

Sesuatu yang jarang pengguna lakukan sebelum membeli telefon pintar adalah membaca. Membaca untuk mendapatkan gajet terbaik mereka. Lihat beberapa majalah atau laman web untuk pastikan anda benar-benar memilih yang terbaik.

Lakukan perbandingan dengan menyediakan kertas khas serta pastikan semuanya disemak termasuk harga, sistem operasi, prosesor dan tahap nipis.

7. Membeli secara bayaran ansuran

Kesilapan yang sering kita lakukan adalah ‘biar papa asal bergaya’. Sehinggakan beli telefon pun mahu berhutang. Lebih baik anda dapat membayar sejumlah tunai untuk mendapatkan telefon pintar dan jangan terikut dengan kempen 0% tanpa faedah. Nampak mudah tetapi pada akhirnya kalau anda terlepas membuat bayaran, padah jadinya.

Lagipun, tempoh pinjaman biasanya setahun hingga dua tahun, bayangkan hanya selepas tiga bulan, sudah ada model baru di pasaran dengan teknologi baru pula itu. Takkan anda mahu berhutang lagikan?Jadi bayarlah secara tunai.

Kalau anda tidak mampu, belilah model yang sederhana. Terdapat banyak telefon pintar yang mempunyai harga kurang RM1,000. Lebih baik anda kumpul dahulu dan elakkan membeli produk bernilai lebih RM1,500 kalau tidak mampu.

8. Tak pentingkan aksesori

Selepas membeli telefon pintar, lebihkan belanja untuk menjaganya termasuk pelindung skrin dan sebagainya. Ramai yang berbelanja besar membeli telefon pintar tetapi melupakan soal aksesori yang sepatutnya menambah jangka hayat telefon.



Saya ambil pelindung skrin sebagai contoh, ia penting untuk memelihara skrin. Kalau jatuh (kebarangkalian yang tinggi) ia akan menyebabkan skrinnya pecah. Itu belum lagi bercakap soal calar dan sebagainya. Lain-lain aksesori yang perlu diberi perhatian ialah kit bebas tangan (biasanya disertakan tetapi kadang kala tidak juga) dan pengecas mudah alih. Biasalah, bateri telefon pintar ini sangat cepat menurun ketika penggunaan aktif jadi pengecas mudah alih sangat membantu.

Bajet diperlukan untuk tambahan aksesori, mungkin dalam lingkungan RM200.

9. Pilih storan yang tidak mencukupi

Akibat kekurangan bajet, kita membeli telefon dengan kapasiti setoran minimum yang menyebabkan kekurangan ruang untuk menambah aplikasi-aplikasi menarik. Pada waktu sekarang, ada 16GB simpanan secara minimum untuk kebanyakan telefon pintar.

Ada juga yang bagi tambahan slot kad microSD tetapi lebih baik juga kalau gunakan khidmat storan cloud kalau boleh. Kalau anda pengguna yang tegar, beli kapasiti lebih iaitu sekitar 32GB.

10. Beli saiz besar

Ada yang sukakan saiz melebihi 4.0 inci, ada juga yang melebihi 5.5 inci, tetapi beli disebabkan suka saja mengakibatkan anda menyesal,. Mengapa? telefon sukar digenggam, tidak ergonomik, tidak muat dalam poket.

Jadi pilih dengan berhati-hati, kalau saiz tangan anda kecil, beli telefon pintar berskrin 3.7 inci hingga 4.3 inci. Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon hanya menggunakan satu tangan yang lebih baik.

Saiz besar juga mengakibatkan poket terlalu penuh dan sukar ketika bergerak (untuk lelaki). Seperti yang disarankan dari awal, cuba dulu telefon tersebut sebelum membelinya.

Maha 2012 punya agenda

Kami pergi bertiga...mama, ayah dan Arsyad jer....dalam hujan lagi...
bersemangat sungguh sebab nak cari Pigmy goat...

Masuk terus ke tempat orang melelong kambing dan ternakan lain...
ayah kata macam mahal jer...malas lah nak tengok...

Lepas sejam...Arsyad dah lapar...so singgah beli lamb burger
sedapnya....tapi lupa nak amek gambar.....
lepas makan dahaga pulak...dah lah nak terkucil....
mujur nampak ada toilet tu....uishh....mama duduk sini makan
burger sorang2 masa Arsyad ke toilet...cari ayah entah ke mana...

Lepas tu kami terjah pameran reban ayam cantik2 nih....
sambil melilau mencari Raudhah farm punya khemah pameran....
rupanya kami dah terlepas...dia duduk kat belakang toilet tadi tu...

Singgah tengok Arnab....boleh main dengan arnab tapi hari 
ni tutup pulak....

Ni burung merpati ekor kipas.... pemalu kot...

Kambing jantan.....dia punya tanduk ....

Ni lah rupa lembu dicucuk hidung..... 

Ni paling suka.... reban kambing yg senang cara pembersihan
sisa buangannya .....air kencing akan mengalir lalu kat atas zing
then jatuh ke bawah kat celah kayu....tinja akan bergolej masuk dalam
longkang zing yg disediakan...so urin dan tinja akan terasing....
bagus bagus....kena tiru sungguh2 nih....

Lepas tu Dr Vet ni....ajar ayah cara buat fermentasi makanan
haiwan ternakan untuk kambing, ayam Belanda pun boleh....

Yang ini memang patut beli...pokok Mulberry...daun dia sangat
digemari kambing.... buahnya yg masam manis tu boleh dimakan
memang patut tanam....satu anak pokok tu RM15...ayah beli 2...

Diajar juga macamana nak buat kompos dari tinja kambing tu....
haiii makin banyaklah kerja kita lepas nih.....

Bagus Dr Vet ni...budak Indon....yg bekerja di Raudah Farm

Mesin pencincang rumput napier ni pun patut kena beli juga...
alahai...duit dah habis borong Pigmy goat....datang lain kali...

Yang ini pun mesin pencincang rumput napier juga....
hurmmm nak beli yg mana ni eak.....

Mama di hadapan gerai ar Raudhah Biotech farm

Tuesday, November 27, 2012

Sarapan di mana?....

Restoran Gulai Panas di Seksyen 7 ni lah tempat mama selalu beli 
sarapan pagi.... selalunya lepas balik dari hantar Iera dan Arsyad
ke sekolah, dah boring lah kan asyik beli sarapan di kantin ABIM tu
kebetulan pulak kalau kena pos baju @ tudung pelanggan...maka 
ke sinilah menyinggahnya.... okeylah makanannya kat sini...roti canai dia sedap
sebab kuah dalca atau gulai kawah dia memang sedap.....roti canai pun elok lembut
dan rangup...kalau makan di sinilah...kalau bungkus jadi kurenggg..... 

Pagi ni lepas hantar Hana gi sekolah...last day SPM....kami pun sarapan di sini...
mula tu nak sarapan di D'Bukit...tutuplah pulak...ehh dah 4 hari tutup tak tahu kenapa
hari Sabtu haritu kami gi sana juga....ada notis kata tutup Sabtu dan Ahad...
ni dah hari Selasa masih tutup....curiga juga.....tapi sebab dah nak sangat
makan roti canai....hurmmmm ke mana lagi.....mama dan ayah oder roti telur

Arsyad pekena nasi goreng dengan ayam dan teh tarik.....

Hai Iera pun nak tah tarik jugak..... pagi ni Iera ngan Arsyad sakit perut...
entahlah kenapa...dia kata makan beehon dengan sambal kacang kot....
semalam mama beli beehon goreng ngan sambal kacang di Restoran NK....
shhhttt...tak boleh khabar kat sini.....entah2 memang ada benda lain yg diorang 
salah makan... tapi tu lah...semua yg makan benda tu memang kena sakit perut
dan buang2 air secara besar-besaran secara berulang kali berkali kali.....
hadehhh....dah rasa kremmmp kat ari2......so Iera pun makan bubur nasi....
dengan sup tahu telur.....ehhh sedaplah pulak walaupun agak tawar...
ayah kata macam makanan orang sakit jer....lahhh Iera kan tengah sakit....
sakit perutttt.....hisshhh dah sakit perut minum teh tarik pulak....
sepatutnya minum teh O pekat...balik tu singgah Mydin beli  pil Pohcai satu kotak...


Friday, November 23, 2012

Bunglow baru 3 tingkat ......

Sangkar baru untuk keluarga Mochii..... anak2 Mochii yg ke dua...
Kashii, Lucky dan Labuchii....yg gebus tu Snowy.... sianak angkat
yang datang ke rumah sebulan lalu di subuh hari.....
tangisannya di muka pintu menyebabkan Iera menyerbu membuka
pintu...kot2 lah anak Mochii tertinggal di luar rumah....
rupanya ada anak kucing sesat.... bulunya gebus pulak tu....
terus ambil dan bagi Mochii susukan...memula memang Mochii
tak nak susukan ....dah lama2 dah sebau dengan anak2 dia yg lain...
dah jadi anak susuan dia lah kiranya.....
Melihatkan anak2 nya yg ramai ni...ayah bermurah hati untuk
membelikan sebijik bunglow 3 tingkat untuk famili Mochii
yang sekarang ni dah jadi 8 ekor semuanya......

Waktu siang...kat sinilah dia suka lepak dan terlena.....

Lepas makan semua senyap...rupanya dah lena.....
macam2 gaya tidurnya.....

Thursday, November 22, 2012

Hadoiii .....Mahalnya.....

Hari ni mama ngan Iera ke KL.... gi memborong tudung....
Alhamdulillah ramai yg suka tudung Nurkasih saiz XL tu...
semoga makin ramai yg berhijrah memakai tudung labuh....
memenuhi syariat.....InsyaAllah...ameennnn....Ya Robb...


Pergi pun dah lewat...sebab sebelum tu uruskan pendaftaran Arsyad
ke tingkatan 1 tahun 2013 di SEMI ABIM.....jam 11.00 baru gerak
Sebelum ni pergi dengan ayah, sebelum tu kadang dengan kawan2...
sebelum2 sebelum2 tu...kadang dengan Hana....kadang sendirian...


Selesai jer urusan membeli dan memborong....biasanya terus balik.....tapi...
Dah tengahari ni...jam 1.15 kot, perut pun rasa macam lapar jer
tengok semua kedai yg ada kat Jalan TAR ni semuanya mamak...
Iera kata taknak kedai mamak...dah takde pilihan, masuk jer Restoran Insaf....


Memula masuk tengok ramai gak pelanggan...okey kot...
dulu2 masa bujang ada jugak datang makan kat sini dengan kawan2 
se UKM mama....tahun 1980an...lama sungguh tu....


So mama pun oder lah 2 pinggan nasi putih, sayur kobis, seketul ayam...
teh ais dan milo ais.....adalah sekeping sorang Papadum......





Memang Insaf sungguh.....mahal giler.... nasi putih 2 pinggan RM5...
ayam seketul tu RM9.00... Sayur kobis seciput tu RM6, Teh ais dan Milo
Ais RM6,00....total RM26.00...macam makan 5 orang kat restoran Melayu...
Taubat lahummmm....takkan kita jejak lagi ke sini...
yang pelik tu ramai jer staf2 makan kat situ....
diorang tak tahu ke harga makanan kat sini mahal....
keluar jer dari Restoran Insaf tu ...baru perasan...
kat sebelah tu ada KFC...lengang agaknya sebab kempen Save Gaza....


Tuesday, November 20, 2012

Heliride di UKM


Bila musim hujan jer, banyaklah tanah runtuh yg berlaku di sana sini..
ya ke....macam tak berapa betul jer statement tu, setahu mama hampir
sepanjang tahun ada jer berlaku kejadian tanah runtuh....
sebab ayah dipanggil ke tempat2 kejadian buat penyiasatan....
ada yg beritanya keluar di dada2 akhbar.... ada yg terpaksa disorok
dari pengetahuan umum.... tak tahulah kenapa...ehem ehem...jawap senir eahh..
dari Johor hingga ke Perlis...sampai Sabah Sarawak....
ayah dah melakukan penyiasatan....kebanyakan puncanya kerana kecuaian manusia


Tetapi rupanya ......bak kata pepatah "Kuman seberang laut nampak...
gajah depan mata tak nampak"......di dalam kawasan kampus UKM
sendiri terdapat banyak tanah runtuh..... yg jadi isu bila ada tanah runtuh 
di hadapan Pusanika tu...sebab  semua orang  lalu lalang di kawasan ni.....
maka barulah ramai yg sedar akan kewujudan tanah runtuh yg selama ni jadi
 di tempat lan.....sebaliknya di dalam kawasan kampus yg jarang dilalui orang
banyak lagi yg runtuh...ada yg besar...ada yg kecil....sebab tidak melibatkan
kemusnahan harta benda atau nyawa manusia....takde siapa kisah  kot...


Tapi yalah kan...tanah runtuh di tempat2 tersorok tu adalah tanda peringatan
dari Allah swt.... maka kenalah pantau dan selia...sebelum yg lebih besar
datang menerpa....maka pada Selasa 20 November 2012 lalu
ayah menyertai beberapa Profesional lain meninjau sekitar kampus 
menggunakan Helikpoter untuk mendapatkan gambaran lebih jelas 
tentang lokasi kejadian tanah runtuh  di sekitar UKM nih....





Bila 2 Warga Belanda ditemukan...

Setelah menunggu sekian lama.... dah lebih 2 bulan juga rasanya
sejak durian belanda ni berputik.... Alhamdulillah besar sungguh saiznya
beratnya mencapai 1.95kg...kalau se kg RM10 maknanya .....
kalau beli ni harganya RM19.50.....Subhanallah.....

Masa bagi makan Ayam Belanda kat dalam rebannya petang tadi,
ma nampak ada  sekor ayam ni menung duduk diam jer...
mama halau2 pun diam....ingatkan kaki dok tersangkut
kat mana2 celah pagar ke...rupanya tak sihat....kesiannya.....
dok layu tunduk diam membisu seribu bahasa...bila diangkat pun menyerah
diri jer takde perasaan nak meronta ke apa.... alahaiiii sakit apa pulak ni....
 rasanya ayam betina ni ....ohh demam rupanya....kot lah demam rindu ke apa...
maka mama pun temukan jejak kasih dengan rakan se Warganegaranya
si Durian Belanda ni....ehhh hampir sama besarlah.....

Ehhh...si Lucky ni sebok pulak nak ambil tahu ...siap usha ayam belanda
tu dengan ekornya....buat tak faham jer.....
siapalah nak merawatnya pun dah senja kala ni...
 cemana nak rawat pun malas nak fikir..
demam sebab cuaca panas sangat hari ni ke....
cara mudah.....jom kita simpan dalam freezer jer lah
jadi lauk esok lah nampaknya.....Alhamdulillah....bila siang ayam nih 
dah ada beberapa biji telur rupanya dalam perutnya....hurmmm

diameter dia....
Beginilah rupa durian Belanda tu bila dibelah.....walahhhh....
rasanya manis-masam-manis.... sebab bila kita gigit tu memang rasa dia
kejap manis...kejap masam-manis...kiranya sedaplah...hehe...
puas hati dapat makan hasil tanaman sendiri...ehhh tanaman ayah....
banyak khasiatnya..antara buah paling tinggi kandungan antioksidan
yang sangat baik untuk mencegah kanser...dan penyakit lain....

Malam ni kita layan Nasi Bukhari Ayam .....senang jer cara masaknya...
tumiskan hirisan bawang, karot yg didadu, rempah tumis....
bila dah layu masukkan rempah Bukhari jenama Faiza ke...mana2 yg jumpalah..
tambah puree tomato, 2 bj tomato cincang, daun ketumbar, garam....
lepas tu tambah air sket...masukkan ayam yg dibelah 4....bila ayam half cooked
keluarkan ayam jer....masukkan dalam tray, bakar 200 oC 30 minit.....
rempah dalam periuk tu tambah air secukupnya dan bila mendidih masuk beras
tanak dalam rice cooker...bila nasi dah masak...masukkan semula ayam bakar
dalam nasi dan kambuskan ayam dalam nasi.....dah siap....
bila nak makan hidanglah bersama bawang goreng....


Sementara nasi dan ayam tu masak...kita buat Dalca sayur.....
masak macam masak kari ayam tu....masukkan kaki, dan tengkuk ayam
sebagai perencah...masukkan kentang, terung, karot, kacang buncis,
dan sebarang sayur yg bersesuaian.....bila semua dah empuk, masuk
sedikit santan dan sesuaikan rasanya......kalau malas pi beli jer kat mana2
restoran berhampiran rumah kita....haha....ehhh jangan lupa masuk 
kacang dhal yg dah siap rebus...tak jadi Dalca ler kalau takde kcg Dhal.....

Ulaman yg ada dalam fridge ni jer pun...Daun Tenggek-burung
kena ada sambal belacan baru ngam......Blend jer 10 cili padi,
2 cili besar, sedikit belacan, sedikit gula, dan air asam jawa,
bila dah siap blend...jangan blend halus sangat.... masuk dalam mangkuk,
gaul dengan hirisan tomato dan bawang......



Friday, November 16, 2012

6 tahun lalu ....di awal Muharam

Pemergian Ayahanda Hj Osman bin Amir ke rahmatullah...
moga damai di sana....

Kenangan bersama Ustaz apa ya dah lupa di Tg karang..

Konvo Maksu pada tahun 2004...

Gambar raya terakhir kami bersama....




Wednesday, November 14, 2012

Astro murah....

Satu hari tu tengah bengang sebab harga bil Astro naik lagi...
dahlah bila musim sekolah pepagi tu mama sorang2 jer kat rumah
mana ada tengok TV pun....kalau ada kelas lagi lar....
Hypp TV yg dapat free dengan UNifi tu pun jarang2 sangat  buka
haiii banyaknya bayar bil untuk entertainment....
walhal nak tengok TVHijrah , TV9 jer...sesekali Discovery channel
TV lain asyik drama...drama....nyanyi... menyampah....
maka mengadu hal lah ke En Google....
terjumpa pulak fb yang menyampaikan berita ni:




Nak langan siaran ASTRO FULL CHANEL +ASTRO FIRST+
ASTRO BEST HANYA RM25 SEBULAN!!!!!!

apa yang anda perlukan?

CALL 0126256471 ADI

Biar betul.........mulai lah berchating dengan si Adi kat fb dia:
http://www.facebook.com/SkyboxF3Astro?ref=stream


Apa yang kita perlu ada....

Piring @ kuali Satelit
 (Piring Astro pun OK, tak kira warna 
Silver Atau Hitam (Beyond), sama sahaja)

Internet Connection 
- Streamyx / P1 / Mobile Broadband >512kbps & 
Stabil (384kbps pernah diuji, dan stabil jika Streamyx).

Perlu ada free 1 port di Router Modem 
untuk disambung secara LAN ke Decoder Skybox F3

Lepastu dah macam komfiden jer barulah buat Proposal
ke Banker...hehe siapa lagi ayahanda korang lah....
nasihat ayah...siasat dulu betul2 kot lah diorang saja nak menipu
okey...tangguh dulu siasat punya siasat....memang ada sekali tu keluar kat
suratkhabar tentang penipuan siaran TV berbayar yg tidak 
mendapat kelulusan kerajaan....wah...tanya semula ke ADI pasal tuh
bila dah clear tentang maklumat tu baru yakin sikit....
tapi tak juga call ADI nak pasang menda nih....



Tetiba pada hari Jumaat 9 Nov hujan lebat, kilat sabung menyabung
tetiba rumah blackout...lama giler dari kul 6.30 ptg sampai 10 mlm
takde lah kisah nak buka Astro...pagi esoknya bila nak tengok Tanyalah Ustaz
larrr...apasal gelap jer....takde siaran......rupanya tombol kat 
kuali astro tu dah kena sambar petir..... alahai buat sebab jer lah nak 
call ADI dan pasang menda nih.....Skybox F3...hehe....


Decoder Skybox F3 ni menggantikan decoder Astro.
Boleh dijadikan sebagai Player utk lihat movie yg didownload di internet.
Juga boleh dijadikan pelayar utk tgk gambar @ dengar music.



Boleh dengar radio tapi biasalah Radio IKIM memang takde...huhu...



 Ia adalah PVR HD, tetapi tidak dapat melayan Channel HD di Astr0 HD.. 



 Boleh rekod cerita guna pendrive sebab ada USB kat decoder tu....
lepas tu nak play semula kat komputer ke pun boleh
wahhh memang nak kena rekod semua kuliah 30 minit bersama Ustaz Don nih...

Dalam erti kata semua siaran yang disiarkan oleh Astro
memang kita akan dapat cuma siaran pada Decoder Beyond HD
memang tak dapat dilihat siarannya 
spt HBO HD, ESPN HD, NATGEO HD,AXN HD dll.
 TETAPI HBO,ESPN,NATGEO,AXN dll yg bukan siaran HD 
tetap dapat dilihat seperti biasa. 


 Apa yg  ADI ni jual adalah Decoder yg menggantikan decoder Astro yg kita 
sedia pakai sekarang ni. Kiranya beli dengan ADI decoder Skybox F3, 
tukar decoder astro kepada decoder ini...simpan jer decoder Astro
lepas tu jangan lupa telefon hotline Astro 1300823838
bagitau kita nak hentikan perkhidmatan Astro tu....
tak pasal karang kena bayar lagi berganda.....tapi kena ingat juga ya
kalau kita baru pasang Astro kena make sure dah lepas setahun ke 2 tahun..
saya pun dah lupa....tengok semula pada perjanjian masa kita pasang dulu
kalau belum cukup tempoh guna tak boleh hentikan.....nanti kena bayar
ganti rugi ke ASTRO...alahai jadi makin rugi pulak nanti....


Harga utk Skybox F3 adalah seperti berikut :



1. Decoder SkyBox F3 + Remote + Kabel HDMI + 6 bulan langganan + 
Astro First setiap hari !!= RM500
2. Decoder SkyBox F3 + Remote + Kabel HDMI + 1 Tahun langganan +
 Astro First setiap hari!! = RM650

Selepas tamat 6 bulan/1 tahun yg pertama itu, maka kenalah bayar 
utk 6 bulan/ utk 1 tahun berikutnya utk tengok siaran. 
ADI akan maklumkan seminggu sebelum 6 bulan /1 tahun pertama kita tamat,
 @ tarikh tamat akan diberikan semasa penyerahan skybox 
kpd kita dan kita akan  membayar kepada ADI jer...tak payah call ASTRO
RM210 (jatuh RM35 sebulan) utk dapatkan access 6 bulan berikutnya 
@ RM300 utk setahun (jatuh RM25 setahun)