Thursday, May 31, 2012

Roti canai femes D'Bukit.....

Restoran D'Bukit ni letaknya di atas bukit di tepi highway eh ya ke highway....
jalan dari simpang lepas Tol Kajang nak ke BBBangi tu.... lepas jer kawasan
yg ada Restoran Soho, kedai2 perabut dan Petronas kat kiri tu...
slowkan kereta...betul2 opposite Shell di kanan .... di kiri tu ada jalan kecil...
selepas simpang kiri nak ke Satay hj Samuri....haaa masuk jalan kecil tu....naik bukit sket....
kalau terlepas jalan ni ...jangan risau...kat depan sikit ada jalan masuk lain....
kalau ke depan sket ada jalan masuk nak ke Jalan Dato' Dagang...masuk situ ambil kiri...
jalan jer terus...akan nampaklah kereta parkir banyak2 tiap pagi...dah betul lah tu...

 Restorannya simple jer..... tapi pelanggannya cukup ramai terutamanya 
lepas jam 8.30pg tiap hari bekerja ..... sampailah jam 10 pg masih ramai...
kalau Sabtu ke Ahad...lagilah ramai.... penuh sentiasa meja dia...siap kena tunggu turn
nak dapat meja lagi.... sebabnya ramai sangat pelanggan tetap yg datang
ada kenalan kitorang tu memang tiap pagi sarapan di sini....

 Dibuka seawal jam 6.30 pg...selalunya pelanggan paling awal sampai jemaah surau
yg baru balik dari Solat berjemaah di Masjid Hasanah....dan lain2 surau...
selepas jam 8.30 pg ramai kakitangan awam & swasta ...kat seberang sana tu jer...
berderet  pejabat dan kilang ....kawasan Selaman....
 Menu tak pernah tukar ayah...2 keping roti canai banjir....
sekeping tak cukup...2 keping kekenyangan....
nak minta 1 1/2 keping tak boleh pulak....
 Hari ni Arsyad dan Hana pilih Nasi lemak Ayam masak merah....
 Tengok ayah.... mama belum mula makan dia dah tinggal setengah....
 Mama suka roti telur bawang cili padi banjir....



Ira tak pernah oder selain Roti sardine banjir dan teh ais....


Wednesday, May 30, 2012

Lagi kes buang bayi....kembar pulak tu


Sepasang kembar jantan dan betina ini ditemui oleh anak jiran depan rumah kami....
anak kembar ini ditinggalkan oleh ibunya sejak dilahirkan....
tangisan sayu kembar ini menarik perhatian kami lalu melaporkan hal ini
kepada ibu bapa kami untuk meminta izin menjadikannya anak angkat...

Salah satu daripada kembar ini kelihatan agak lemah dan tidak bermaya
kerana disyaki amat merindui ibunya ...anak ini tidak mahu menyusu dan hanya mendiamkan diri...
pihak kejiranan belum dapat mengenalpasti  ibu kembar ini dan mengesyaki seekor
ibu yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di satu kawasan
berhampiran adalah ibu kepada pasangan kembar ini..... 
Ujian DNA tidak dapat dilakukan kerana jenazah tersebut telah dikebumikan
oleh jiran lain yg tidak mengesyaki apa2 ......

 Pasangan kembar malang ini kini dibawah jagaan Pikachu yang dengan 
rasa simpati amat mendalam hingga sanggup mengorbankan dirinya
untuk dijadikan ibu tumpang kepada anak2 ini....
 Mereka kini tinggal serumah bersama ibu yang juga baru beberapa bulan 
melahirkan anak dan masih menyusui anaknya....
ibu muda ini agak terganggu dengan kehadiran pasangan kembar tersebut
sikapnya yang dahulu mesra dan amat memanjakan bayinya....
kini bertukar bengis dan agak garang bila mendengar tangisan sayu sikembar....
Ibu muda ini dikurniakan 3 anak yang sedang aktif dan lasak bermain
anak2 ini sangat liar dan tidak menghiraukan amaran penjaga rumah agar
mengurangkan aktiviti lasak mereka....sebaliknya mereka menunjukkan 
sikap lepas laku dan tidak memperdulikan keadaan sekitar..... melompat, bergurau,
berlari ke sana ke mari...kekadang menggigit tuan rumah tanpa perasaan....
penjaga rumah melaporkan pernah berlaku kes buli yang dilakukan oleh ke tiga2 anak muda ini
malangnya ibu kepada ketiga2 anak ini menafikan sekeras2nya kejadian tersebut....

Tuan rumah tidak berputus asa ...bukti perlu dicari.....pada suatu hari ....
kedengaran anak kecil ini menjerit sayu meminta pertolongan.....ketika itu tuan rumah
sedang membancuh susu sibayi di dapur....sekembalinya tuan rumah bagi mendapatkan 
bayi tersebut.... kelihatan salah satu anak muda tersebut sedang membuli
bayi yang tidak berdosa itu tanpa belas kasihan.....mujur tuan rumah sempat merakam
kejadian tersebut tanpa disedari oleh sipelaku.....
Sipelaku disyaki merasa amat cemburu dengan kehadiran kembar ini yang
dikatakan amat menyerupai dirinya dari segi rupa paras.....
tuan rumah pernah melahirkan rasa gembiranya kerana kehadiran kembar ini
akan memeriahkan lagi suasana di rumah ini....lebih2 lagi bayi ini kelihatan
sangat comel dan menawan.....mungkin perbualan tuan rumah telah didengari
oleh anak muda ini yang sudah menyimpan dendam dan hanya menunggu
peluang untuk melepaskan kegeramannya.......
Bagaimanapun ibu kepada si pelaku telah memohon maaf dan berjanji
untuk memastikan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang....
Tuan rumah kini memasang CCTV sebagai jaminan akan keselamatan
bayi kembar ini.......

Terkini........jam 1.15 tgh ketika azan zohor berkumandang.....
Anak kembar malang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi...
setelah menolak untuk disusui oleh tuan rumah...keadaanya bertambah lemah..
Suasana sayu menyelubungi kediaman kami ....
anak malang tidak berdosa ini tidak pernah dibuli...
moga damai di sana nanti..... 

Tuesday, May 29, 2012

Birthday ke 22 dengan Tiramisu berlumut...

 29 Mei 2012.... birthday Asyraf.....semalam mama sms tanya nak kek ke....
nak Tiramisu juga.... kata hari tu nak Coklat Cheese-cake..dah lupa lah tu..
kenalah buat kek biasa2 dulu.... alahaiii dah kehabisan butter lah pulak...
koko pun takde... maka buat kek marble jer lah....guna minyak kacang  jer....
ni rupanya sebelum masuk oven..... 170oC 45 minit....
 Beginilah hasilnya..... sebab guna kaler hijau tu yg ber'lumut'....
potong2 kek tu ikut sukalah nak besar mana.....ikut saiz bekas yg bakal diguna...
 susun kek2 yg dah dipotong tu.... kemudian curah rata larutan nescafe....
2 sudu kecil nescafe larutkan dalam 1 mug air panas....
 Creamkan cheese dan gula halus hingga pekat dan rata...
tuang atas susunan kek tadi..... kemudian susun lagi kek di atasnya....
ratakan nescafe.....tuang lagi cheese...ratakan...
buat 2 atau 3 lapis.......secukupnya......
Last taburkan serbuk koko kat atas cheese tu..... tadi kan takde koko...
so mama tabur Smylo jer..... alahai... dh tutup baru teringat nak amek gambar....
dah lah tak cantik Tiramisunya.......masuk dalam fridge.....at least 4 jam....
bila dah agak sejuk ada jer yg merasmikan.... tak sempat tunggu birthday boy....
diorang kata keknya rasa pelik....
sebab guna minyak kacang lah tu kot.....

Selamat hari lahir ke 22 Tajul Asyraf......
moga jadi anak yg soleh.....

Saturday, May 26, 2012

Ceramah UAI di Masjid AsSalam, Puchong

Sabtu 26 Mei 2012 Mama, Ayah, Asyraf dan Aiman gi Masjid As Salam, Puchong
jam 6.30 ptg bertolak dari rumah...iera dan arsyad tinggal kat rumah dengan alasan
kesian kat anak kucing yg tak beribu tu.... Hana ada Kem kat Langat...
Alhamdulillah lancar jer perjalanan dan tempat parking pun masih ada...
mama terus wudhu' dan naik aras 2 untuk solat maghrib....
lepas solat turun ke bawah sbb kat atas ni takde skrin besar.... 

 Turun ke aras bawah...Subhanallah bestnya.... nampak tasik dan angin
bertiup sepoi.... nyamannya sangat......
Ada skrin besar tapi suaranya tak berapa clear.......

Ni jer sikit petikan yg sempat mama rakan guna handfon....
hehe tadi ada dengar pengerusi masjid bgtau jangan rakam.....
maaf yg ni untuk kegunaan sendiri jer....
 Kat luar hadapan tangga utama masuk ke ruang solat utama
 Jemaah lalaki berpusu-pusu nak bersalam dengan UAI
masa ni mama dah turun pakai kasut....
 Pemandangan Masjid AsSalam dari tempat parkir
Dah habis pun masih ramai yg setia nak tengok UAI dari jauh...
waktu ni UAI sedang menuruni tangga .....

Wednesday, May 23, 2012

Ceramah Geobencana Gempabumi dan Tsunami: Peringatan dari AlQuran dan hadis

 Alhamdulillah mama rasa ayah berjaya dengan cemerlangnya semasa menyampaikan
Ceramah umum anjuran bersama Fakulti Geologi dan Kelab Geologi UKM
pada hari Rabu 23 Mei 2012 berlangsung di Bilik Mesyuarat FST,
Dewan Anuar Mahmud @ dolu2 zaman mama ngaji di UKM panggil MLT....
walaucamnapun ada sedikit lagi kelemahan yg masih boleh diperbaiki....
kekangan masa kot buat ayah gelabah asyik tengok jam jer....
Ini bukanlah kali pertama ayah bagi ceramah dengan tajuk yg sama nih....
masa baru2 lepas Tsunami 2004 agak kerap juga ayah dijemput serata Malaysia
Bila dah lama2 dah jarang2 orang nak dengar cerita pasal Tsunami ni.....
 Masa mama call ayah 10.50 pg ayah kata banyak lagi ruang kosong
alahai bila mama sampai 11.05 pg dah penuh cenggini...
Langsunglah mama tak dapat duduk...aduhaii ni beberapa orang
staf yg juga tak dapat duduk dok berdiri depan pintu masuk jer....
terpaksa mama mengengsot ke kanan sket untuk rakam gambar....
Tu penuh students dan pensyarah2 Geologi yg khusyuk mendengar
ceramah ayah yg memang mengujakan.....
 Barisan Profesor yg turut sama mendengar ceramah sains dikaitkan dengan
AlQuran dan Hadis......jarang2 diketengahkan....
 Ni students Geologi rasanya...lambat sampai terpaksa menyandar kat belakang
pensyarah sepanjang 1jam 45 minit ceramah ni berlangsung.....
Mujurlah selepas 1jam ramai pelajar terpaksa keluar sbb ada kuliah jam 12....
dapatlah mama duduk akhirnya.....so sempat mama rakamkan sikit...
malangnya videonya tak boleh nak upload lah pulak....

Sampai pengacara pun terpaksa berdiri depan pintu masuk jer....
hehe lepas habis ceramah mama dengan muka-janganlah-malu2...
dengan rela hati mengikut ayah lunch kat Puri Pujangga...hehe...

Semoga selepas ini lebih ramai lagi Pensyarah bidang sains yg dapat
menyampaikan syarahan mereka secara Islami....
menyelitkan ayat2 Al Quran dan Hadis  dalam kuliah mereka...
amin ya robbal alaminnnn.....

Tuesday, May 22, 2012

Key holder.....

Letter holder yg ada key holder.....
eh ni boleh gantung tudung gak nih.....
 Bekas untuk menyimpan plastik shopping.......
yg bakal menjadi plastik beg sampah.....
Pochii sekadar hiasan.....
 Key holder yg ada jam......
 Pochii bersedia untuk terjun .....tapi ...
ermmm kucing pun fikir banyak kali nak terjun....
 Air terjun comel ni pasang kat dinding.... nak pasang yg besar
kat luar rumah belum mampu lagi....hehe belum mampu mengurus dan
membersihkan.....rumah telur tu.....sayang nak letak telur di dalamnya...
 Jam lagi.... tapi tak bestnya ada uncle gemuks tu....
tengah merancang mencari model lain nak ambil alih
tempat uncle gemuks tu......
 Key holder lagi.... tempat gantung kunci kereta....
 Key holder yg ni untuk gantung kunci basikal jer....
Bunga yg tak sempat digubah..... main sumbat jer dalam pasu kayu...

Monday, May 21, 2012

Borong Koleksi English decor.....

 2 set cadar/comfoter berbunga comel ni......
dapat less 70%.....
Rimbunan bunga kecil dalam 3 bucket.....naik basikal...

Bunga lavender ni sangat sweet.....sesuai jer dengan cadar purple...

Ni la geng ak datin yg buat rombongan che Kiah ke stor 
apa ke nama kedai dia ya..... kat Bandar Putera Height....
Selepas berpeluh2 memilih dan mengumpul koleksi yg digemari...
terasa kelaparan sangat..... mujur ada Restoran Mak Jah di kawasan ni...
terimakasih Sheila...belanja makan tengahari kami.....

Tuesday, May 15, 2012

Birthday Hana yg tak sempat disambut.....


Alahai....sepatutnya Khamis 10 Mei 2012 haritu Birthday Hana yg ke 17....
Alhamdulillah dia siap puasa lagi hari tu dengan Asyraf, Aiman dan Iera.... 
Sebab mama sebok buat persiapan kenduri aqiqah si budak comel Luqman ni.... 
langsung ler lupa dan tak sempat sebenarnya nak meraikan birthday Hana...
 ni kiranya kenduri kesyukuran birthday dia juga lah.....
Tapi ayah bawa kami makan kat Restoran Suraya Thai kat Seksyen 7 
tu pun kira meraikan juga....lepas tu ayah bagi RM50 
pulak lagi.... sbb ada orang beli ayam Serama....
Iera pun dapat RM50, Arsyad juga dapat....sebab diorang ni lah yg
rajin memberi makan dan minum ayam2 Serama ayah tu.....
dalam rajin2 tu gaduh2 juga...... 
Ni boleh juga diambil kira birthday cakenya.....
Kek ni untuk diisi dalam Goody beg kenduri malam tu sebenarnya.....
yang penting mama yg buatkan.....hehe walaupun tak best......

Tapi tadi mama buat jugalah kek coklat moist nih.....
ada sket jer rainbow rice tu..... dah kehabisan bahan untuk dekor kek...
jadilah......