Sunday, February 19, 2012

Ayah bagi talk di Petrosains

 Petrosains menjemput ayah untuk bagi talk kepada pengunjungnya....
hari pertama Rabu 15 Feb 2012...ma sorang jer ikut...

 Tapi mama malas nak masuk dalam Petrosains....dah boring lah....dah berapa kali datang sini...
dah 10 kali kot....masa mengajar dulu tiap tahun bawa students datang sini....
ayah pun bukan kali ni jer bagi talk...dah banyak kali....
Sementara ayah dok dalam Petrosains ...mama memerap di sini....
Kinokuniya....just beli magazine dan
Novel ni.....baca sementara menunggu ayah siap....katanya jam 12. tgh dah habis...
ma punyalah berkejar keluar dr Kinokuniya jam 12 td...sampai jam 1.30 baru siap
rupanya lapyy ayah tak boleh connect dgn LCD projektor yg ada...mujur bawa 
portable hard disc.....
 Kat Kinokinuya ada jual mineral rupanya...alamak lupa nak ajak ayah
tengok menda ni....dah nak cepat sangat baliknya....

 Kebanyakan restoran di sini...disetiap level..penuh dengan pengunjung
yg menjamu selera...lunch hour...mama dok lepak baca novel jer...
beli yg bungkus jer lah nanti makan dalam kereta...
sebab kawan ayah dah tunggu kat UKM...
Tengok tu...sampai beratur kat luar tunggu turn nak dapatkan meja makan...
ishh kalau mama lah tak kuasa....baik bawa bekal dari rumah...

Kali keduanya....Sabtu 18 hb Feb 2012..mama ngan Arsyad ikut sekali....
Arsyad sepatutnya ada kelas Tambahan sampai kul 12.30... 
tapi dia nak ikut juga kul 10.00 pg dah keluar...
kali ni kenalah mama masuk Petrosains...nak amek gambar ayah...
 Ramai murid2 sekolah rendah yg datang hari ni...ada juga pelajar lepasan SPM dan Matrikulasi
ayah bagi talk pasal kejadian tanah runtuh ....budak Poly pun ada...
Tak cantik lah gambar dalam nih...kamera dari hp jer... 
ramai gak pendengarnya....khusyuk diorang...sebab ayah banyak sentuh pasal
tanah runtuh yg kerap berlaku di kawasan perumahan....
 Sempat lunch di Food court kat level 4 tu.... ayah dan mama makan mee rebus Johor

 Arsyad makan mee yee  Ayam.....claypot
pantang ternampak  ada orang jual menda ni...mesti dia akan pilih ni punya lah....
sama lah tu dengan Aiman..balik rumah cerita kat Aiman....dia kata...
apasal tak bungkus untuk Aiman.....ek eleh....macam lah mama tak biasa buat....


Thursday, February 16, 2012

JOM BELAJAR DI MESIR.....


Peristiwa kebangkitan rakyat Mesir memberontak sehingga menyebabkan kesemua pelajar Malaysia di sana terpaksa dihantar pulang memang sesuatu yang mengejutkan. Kejutan pertama.... tak sangka akhirnya rakyat Mesir berani menyuarakan ketidakpuasan hati mereka atas ketidak adilan pemimpin mereka. Kejutan keduanya...wahhhh tak sangka ramainya rakyat Malaysia sebenarnya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana..... buat Perubatan pulak tu..... kalau nak buat perubatan di Malaysia mesti susah nak dapat sebab pelajar mesti memiliki sijil Matrikulasi atau Asasi Sains dengan sangat cemerlangnya...4A.... bukan semua yg berminat nak buat Medic mampu untuk mencapai kelayakan tersebut. Tetapi jangan risau....kita masih berpeluang merealisasikan impian tersebut.....
Bermula dari pengalaman memegang beberapa portfolio penting dalam kepimpinan organisasi pelajar selama di Mesir, pengasasnya Syed Fuad, mula memerhati dan mendalami suasana sosiobudaya di Mesir. Semangat membantu pelajar-pelajar baru ketika itu berkembang dan terus berkembang. Pada tahun 2008, pengasas Daulah Educonsult telah dilantik menjadi Pegawai Hal Ehwal Pelajar AQ Mesir. Sebagai wakil syarikat tersebut di Mesir, beliau telah membina hubungan baik dengan universiti-universiti di Mesir. Peluang tersebut benar-benar membantu beliau untuk menguasai selok-belok birokrasi dan prosedur pendaftaran pelajar ke universiti-universiti di Mesir.
Pada tahun 2012, sepulangnya beliau dari Mesir, berbekalkan 4 tahun pengalaman mengurus pendaftaran dan penempatan pelajar, Daulah Educonsult ditubuhkan bagi merealisasikan impian beliau dalam bidang pendidikan ini.

Daulah Educonsult memulakan langkah awal dengan menyediakan khidmat nasihat bagi mereka yang memerlukan khususnya berkait dengan perihal pemilihan bidang pengajian dan institusi pengajian. Menyedari kepelbagaian tahap kemampuan insan dan mempercayai keajaiban yang bakal muncul dari cita-cita dan semangat, menjadi aspirasi syarikat ini dalam memberikan khidmat nasihat.
Khidmat nasihat ini akan disusuli dengan perkhidmatan pendaftaran dan penempatan di institusi yang telah dipilih.

Kepada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian atau Pengajian Islam di Mesir dan sedang menunggu keputusan SPM 2011 atau memiliki SPM 2010 kami sedia menawarkan bantuan untuk mendaftar di Universiti Al Azhar, manakala universiti lain menerima  sijil SPM 2005 -2011.
Kami menawarkan perkhidmatan mendaftarkan dan mengurus kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti2 tertentu di sana.

Bidang Perubatan :

  1. Universiti Al-Azhar
  2. Universiti Zaqazig
  3. Universiti Tanta
  4. Universiti Mansoura
  5. Universiti Alexandria

Bidang Pergigian :

  1. Universiti Al Azhar
  2. Universiti Tanta
  3. Universiti Alexandria

Bidang Farmasi :

  1. Universiti Zagazig
  2. Universiti Alexandria

Bidang Pengajian Islam (Ulum Islamiah )  :

  1. Universiti Al-Azhar

Permohonan ke Jurusan :
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Surgeri
  • Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Surgeri
  • Ijazah Sarjana Sains Farmasi
Mendapat sekurang-kurangnya pangkat "B"  dalam SPM bagi mata pelajaran berikut ini :
bahasa melayu   bahasa inggeris  sejarah  matematik 2 
matematik tambahan  biologi   kimia   fizik
Permohonan ke Jurusan :
  • Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah ( Pengajian Islam & Bahasa Arab )
Calon pelajar perlulah mendapat keputusan minima pangkat "B" bagi setiap mata pelajaran di dalam SPM                 
Nota :
Daulah Educonsult percaya bahawa keputusan silam bukan penentu dalam kejayaan di mana-mana bidang yang diceburi. Kepercayaan ini mendorong Daulah Educonsult untuk cuba membantu mereka yang memiliki masalah seperti mendapat pangkat "C" bagi beberapa mata pelajaran. Daulah Educonsult amat berbesar hati untuk membantu mereka sekiranya kesungguhan , minat dan semangat mereka terserlah . Sila hubungi Daulah Educonsult untuk penjelasan.





Untuk maklumat lanjut sila hubungi 



Puan Zaharah Osman di 0162151392 



@ email: zatajul@gmail.com

Wednesday, February 15, 2012

Duit baru.....

RM1 specimen
wahhh warna biru duit RM1 dikekalkan....
RM5 specimen
Masih hijau seperti selalu.....
RM10 specimen
Sesuai sangat dengan warna merah ni....
RM20 specimen
Wahh wahhh...comel comel..sukanya warna ni....
RM50 specimen
Dah biasa sangat.....
RM100 specimen
Jarang sangat dapat pegang yg ni.....
Image of reverse view of all the third series of Malaysian coins
Wahh lain sungguh yg 50sen tu...siap berkelopak2 lagi.....

Gmbar menceritakan segalanya........

haha ayat malas nak update blog lah ni.....huwaaaa....

Sunday, February 12, 2012

Berniaga di majlis Sukan sekolah anak2

 Boleh pulak tengahari semalam kawan mama Makcik Jie dan Makcik Wa call ajak meniaga kat Stadium Seksyen 15 Sabtu hari ni 12 Feb 2012..sebab ada sukan SERI SEMI ABIM di sana ... punyalah kelam kabut...dah la baju2 yg baru kebanyakannya dah tak cukup stok sizenya...so petang semalam dengan Hana mama ke kilang Zariya membeli baju2 terkini....nahhh hasilnya.....
Baju yg dok bergayut2an tu kebanyakannya sold out....Alhamdulillah banyak juga baju2 yg terjual

 Makcik jie dan makcik Wa jual minuman sejuk dan panas......
 ada juga makanan ringan...biskut dan kekacang...
 Siap bawa tikar untuk anak2 melepak .... lepas jer masuk acara diorang terus datang melepak di khemah kami...bukannya nak berkumpul di khemah rumah masing2 bagi sokongan moral rakan sepasukan....
Afnan anak makcik Wa ni ada aje keletah dia menghidupkan suasana meriah....
 Tikar ni sentiasa berubah kedudukan mengikut kedudukan bayang khemah....
sampai ke akhir acara...tak dengar pun pasukan rumah mana yg menangnya....
Pandangan dari hadapan khemah kami......
lebih kurang jam 1 tgh kami bungkus dan balik.....cuaca panas pada hari ini
melariskan lagi jualan minuman yg ada...Alhamdulillah...

Bluberry Cheese cake untuk Birthday Aiman

Jumaat 10 februari 2012 ...ulang tahun kelahiran Aiman ke 20.... wahh dah bertukar digit 1 ke 2.....dua puluhan dah....
Masa celebrate birthday Iera hari tu mama buatkan Coklat cheese-cake....Aiman pun nak cheese cake juga.....kali ni ma buat blueberry cheese cake pulak... Lepas layered dengan biskut dan butter yg dah di masak atas api sekajap...tuangkan adunan cream cheese lepas tu sudukan blueberry dalam tin ...lepas tu layered lagi sekali sampai habis....

Sepatutnya bakar 160oC selama 45 minit.....secara Baine-marrie....dah la ma bakar biasa jer lupa nak kurangkan masa membakar....sepatutnya 35 minit dah cukup......dah la ma terlupa cover dengan Almunium foil selepas 20 minit tu yg tergaring dan hangus sket...tapi anak2 suka yg tepinya yg hangus tu pulaknya....
Sepatutnya kena fridge at least 5 ke 6 jam baru boleh potong....ni tak sampai pun 2 jam.....
Dah selamat kena potong....Aiman dah tak sabar nak merasa......
Hasilnya potongan Blueberry cheese cake yg hancur ....yg penting rasanya yummy.....
nampaknya kena buat 4 kali lagi cheese cake tahun ni...sebab ada 4 ahli keluarga lagi yg belum
celebrate birthday.....huhu.....
Makan tengahari dengan nasi Tomato, dalca dan ayam masak merah

Tuesday, February 7, 2012

Bubur anak Lebah......versi bubur cindel

Sekali tu tengah menung dan memikir nak makan apa ya minum petang nih...Ma tanya ke ayah.... 


"Dah lama tak makan apa eak Yang....".....


Ayah yg tengah sebok mengadap komputer menyiapkan kerjanya tu sentiasa jer ada idea nak mengoder...."urrmmmm apa eak" sambil mengusap perut ..."aaa mama tau tak 'bubur anak lebah'..."


"Haaa....bubur anak lebah...amenda tu, tak pernah dengar...tak pernah makan.... tak pernah tengok"...dah la mama tengah malas giler nak masak nih.....ayah boleh pulak layan perasaan terkenang2 zaman kanak2 dia dolu2 tu......


Lepas tu ayah pun mulai lar mengimbau nostalgia dia.....konon dia pernah tengok macamana opah ayah membuatnya.......'sebenarnya ayah tu saja jer mereka idea macamana nak membuatnya....macam susah sangat jer nak buatnya....siap nak kena uli tepung ...lepas tu kena goreng ke bakar jadikan macam lempeng dulu.....lepas tu kena gunting2 lempeng tu...lepas tu baru buat bubur..... Makkkk aiihhh banyaknya 'carta alir' nak kena ikut...ya sangat lah tu....baik la mama tanya Chef Google kot dia boleh tolong......


Chef Google ni entah dia faham ke tak apa yg Ma tanya....macam2 version bubur anak lebah yg keluar....sampai cerita seorang anak ...kena serang lebah  sehingga lah ke cara nak ternak lebah pun dia bagi hihihi.....peramah terlebih lar chef google ni kan.....


Seperti biasa Ma cari  versi yg paling senang dan bahan2 yg agak2 dah ada kat rumah..... punyalah senang nak membuatnya sampai eksyen sangat konon siap malas nak salin resepinya.... dan sampai lupa daratan dah nak menciplak idea dari blog siapa entahnya... haha....last2 petang tu cuma makan roti bakar cicah kuah kari jer...hahaha....


Hakikatnya ....sebulan kemudian.....semalam lar tu....baru teringat semula.....tapi sudahnya Ma ubahsuai habis-habisan...sebab Ma dok teringat2 Bubur cindel yg arwah nenek selalu buat masa mama kecik2 dulu......terutamanya masa mama demam...nenek selalu tanya nak makan bubur apa....huhu...terharu dah ni....AlFatehah untuk arwah nenek dan atuk dulu......


Kita cuma perlukan secawan tepung pulut, semangkuk cendol, seketul gula Melaka, air dan santan.....eh jangan lupa daun pandan.....secoet garam....dan secukup kasih sayang.....


 Bismillah.....memula masak air dalam periok bersama gula Melaka....
kemudian ambil secawan tepung pulut...uli dengan sedikit air dan garam
Sebenarnya Ma cadang nak bubuh kaler kuning...kaler tu dah ada kat sebelah besen
menguli tepung ni....tapi mata tu dok mengintai2 TV tengok kartun, apa lagi
langsung terlupa...alahaiii putih pun cantik jer.....
jadikan doh dan gunting2 ikut suka hati macam buat kuih gunting dan terjunkan
terus ke dalam air dalam periok ...guna api perlahan....
buat sampai habis ya....jangan banyak sangat tepung tu nanti lambat habis
nak siap mengguntingnya ...haha sempat lagi mengajar 
orang suruh bermalas2 macam dia ya.....

Bila dah mendidih masukkan cendol yg dah ditapis, daun pandan dan santan
sesuaikan rasanya.... ma tambah 2 sudu sagu biji sebab macam tercair
pulak kuahnya....bila dah mendidih jer....kiranya dah lah siap....
kalau ikut cara Nenek dulu...yg jadi nama dia bubur Cindel tu....sebab tepung tu
dicubit2 dan dibulat2kan macam guli yg sangat kecil dan comel....tu la cindel nama dia....
tapi macam lambat jer....tu yg ma gunting zup zap...habeh cerita....

 Isnin 6 Feb 2012.. ayah akan bertolak ke Kundasang, Sabah sekali lagi walaupun baru 2 malam jer balik dari sana....nak buat macamana....dah dua program anjuran UKM dibuat di sana pada tempoh waktu yg sangat dekat ni....
ibaratnya.....belum pun kering basuhan pakaian yg dibawa balik...
belum pun keluar semua pakaian dari lugage...dah kena
mengisi pakaian yg lain......hakikatnya belum pun hilang rindu kat ayah...huhu....
Flight ayah jam 2 petang...kena bertolak dari rumah jam 12 tgh...call teksi yg selalu menjemput ayah tu semuanya takde di sini.....diorang balik ke kampung memasing...ya lah kan cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam ni kan.....sudahnya mama hantar jer ayah ke hentian teksi Bangi.....


Paginya sebelum bertolak,  mama cuma sempat buatkan roti Sardine dan Roti Cheese jer untuk ayah dan anak2..... kebetulan Asyraf pun baru jer sampai lepas menjalani Latihan Palapes UPM.....