Sunday, November 20, 2011

Makan-makan bersama Jemari Seni di Red Wok

Pada Sabtu 19 November 2011, Jemari Seni menjemput para peminatnya untuk makan2 di Red Wok Seksyen 7 tu.... mama cuma dapat 1 seat jer... so pergi lah sorang2... Balkish sebab dia tempah tiket awal, dia datang  ber 5... dengan 4 anak daranya.... memang bertuah diorang nih....
semua pun dapat hadiah cabutan bertuah.... dapat 5 novel free.....

 Para peminat JS sedang memilih seafood untuk direndam dalam soup
Steamboat....daging dan ayam pun ada...banyaknya pilihan....
merambang mata dibuatnya....
Makanan seperti nasi goreng, spagheti bolognase, kue tiaw goreng,
dan pelbagai jenis tauhu... ada disajikan....desertnya pun banyak...
pinggan dah penuh tapi si Balkish ni lambatlah pulak
dah la tertagak2 sorang kat sini...segan jer....
sudahnya makan kat meja sorang2.....

Tengok tu diorang ni berebut2 buat apa tuhhh....
Laaa..... cedok ais kerim rupanya.....budak2 sabor ya....
bagi kat kakak2 dan mak2 cedokkan....

Penulis, pemilik dan penaja majlis makan2 ni....
Kak Su.... Noor Suraya dan staf dia....

Sempat bergambar dengan Noor Suraya....
dah beli novel2 dia...Nyanyian Tanjung Sepi dan
Panggil aku Dahlia....kenalah minta sign ....
Beli juga novel baru Adamaryam, Ceri merah dan Quartet...
sebab kalau shopping novel hari sabtu kan dapat diskaun 30%....
COVER-Quartet-webCOVER-MerahnyaCERI-webCOVER-Adamaryam-web



Tuesday, November 8, 2011

Dodol Labu Aidil Adha.....

Masih cair lagi...kita bagi peluang pada Haikal mengacau...

Angah kacau sorang pun ok...masih belum tua ni...

Arsyad pun nak kacau juga....

Hana ni betul ke mengacau dodol..ke mengacau orang buat dodol...

Sementara dodol mengacau dodol, di dapur mama mengacau santan
untuk dibuat tahi minyak...

Kali ni opah cadangkan kita buat dodo labu.... rebus dulu labu tu,
untuk 10 kg tepung pulut, kita tambah 3 bj labu...
lepas dah direbus, kita blend labu tu then curah je...
bila dodol dah mula memekat....

Selepas 2 jam masing2 dah tak larat...mama dah lama lelap...
tinggal lah yg kuat2 jer....

Wah ni dah boleh rasa... cepat amek pinggan dan roti...
makan roti cicah dodol cair....wah sedapnya...
dah penat2 ni habis 1 loaf roti diorang makan

Selepas 3 jam lebih.... wah....dah boleh angkat macam ni..
maknanya dah tua.... dan boleh tutup api....

kaup dengan pelepah pisang....masuk dalam besen...
dapat 1 besen penuh... dan 10 bekas plastik...
siap....Dodol labu Aidil Adha...

Harakah Daily: Penduduk ters bantah laluan LRT



KUALA LUMPUR, 8 Nov: Isu bantahan penduduk Putra Height dan Taman Megah terhadap cadangan pembinaan laluan Sistem Aliran Ringan (LRT) khususnya laluan di antara Stesen 11 dan Stesen 12 yang akan dibina oleh Prasarana Negara Berhad masih diteruskan.
"Alasan utama terhadap bantahan pembinaan tersebut adalah kerana stesen tersebut terlalu hampir dengan kawasan perumahan serta potensi risiko geobencana seperti tanah runtuh dan kemungkinan banjir besar," jelas Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.
Tambahnya lagi, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Penyelaras Program Bencana Geologi, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin.
"Aspek geologi dan geoteknikal yang terkandung di dalam Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA), Laporan Kajibumi dan Laporan Penyiasatan Struktur Tanah yang disediakan oleh pemaju tidak lengkap dan tidak boleh dikategorikan sebagai laporan kajian terperinci.
"Oleh itu, kebimbangan dan bantahan penduduk seperti yang disuarakan oleh Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Putra Heights dan Taman Alam Megah adalah berasas dan wajar diberi pertimbangan.
"Dalam pada itu melalui laporan Tajul Anwar itu juga kajian perlu dilakukan secara terperinci bagi mengenalpasti kesemua masalah geologi dan geoteknikal serta risiko geobencana telah diambil kira sepenunhnya, ini penting bagi menjamin langkah-langkah mitigasi dan pencegahan risiko bencana yang sesuai dan rekabentuk yang seamat serta ekonomikal untuk jangka masa panjang," jelas Dr Mariah pada satu sidang media di lobi parlimen.
Sidang media itu juga turut dihadiri wakil Jawatankuasa Bertindak Penduduk, Prem Kaur, Presiden Persatuan Penduduk Subang Alam Seksyen 27 Shah Alam dan Justin Tham sebagai wakil Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Tun Tan Siew Sin.

Sunday, November 6, 2011

Korban Aidil Adha 1432H

Antara lembu yg sedang berzikir menanti giliran
untuk dikorbankan.....

Alhamdulillah semua ke tujuh2 lembu yg bakal dikorbankan 
menunjukkan minat mendalam....menghayati
ibadah korban

Ramai penduduk taman memberi kerjasama dalam melaksanakan
program ibadah korban pada kali ini...

Asyraf sedang menyangkul lubang sembelihan

Masih tebal rumput dan lalang... terpaksa digali agak lebar dan dalam...

Senyuman terakhir untuk pos kali ini.....jumpa di sana nanti...

Ramai penduduk yg turut serta meraikan upacara korban dan bergotong royong

Alhamdulillah cuaca hari ini sangat merestui program pengorbanan
kita semua...moga amalan kita diterima Allah swt....

Lembu pertama yg ayah semelih....ayah hanya menyembelih 4 ekor lembu
3 ekor lagi diserah kepada penyembelih ke dua...

Asyraf turut sama melapah lembu2 yg sudah dikorbankan...

Proses melapah kulit.....

Proses mengasingkan organ dalaman dan najis yg perlu dibuang...

Inilah rupa perut Ruminan lembu....

Mana yg boleh dimakan diasingkan....

Arsyad hanya berani memujuk lembu yg sudah dikorbankan jer....

Inilah rupa perut muda... sedap dibuat gulai lemak cili padi,
rebus saje cicah air asam pun sedap...buat kerabu pun boleh...

Pemandangan proses melapah.....
Bahagian kaki lebih mudah dilapah secara bergantungan...

Bahagian dagingnya pula dipotong kecil untuk diagihkan...

Kaum ibu pula bergotong royong menyediakan juadah 
makan tengahari....

Menghiris daging....


Raya Aidil Adha 2011

 Lemang yang dah siap dibakar secara bergotong royong
bersama penduduk taman....
 Dodol yang dikacau anak-anak dan anak buah....
saja nak bagi pengalaman anak2 mengacau dodol...
dan meraikan Opah dan Atuk yg sudi beraya di Bangi....
Mama hanya masak rendang pedas ayam saja......

Lemang Pulut hitam, Lemang jagung dan Lemang biasa...
sarapan dipagi raya.....

Hadiah Sukaneka Lepas Exam..



Iera memang suka masuk aktiviti kokokurikulum di sekolahnya.... dan dalam setiap aktiviti yg  selalu dia ceburi...lazimnya dia akan memenangi hadiah samada tempat pertama, kedua atau ketiga...jarang dia kalah tidak dapat hadiah...bakatnya memang dah nampak sejak Tadika lagi....kalau masa tadika tu hadiah dia coklat atau tipuware....sampai sekarang dah darjah 6 pun hadiahnya hampir serupa jer.....

Ini pun bukan semua hadiahnya sempat dibawa balik...ni kiranya yg dia tak berapa nak suka...dan teringat pulak adik kesayangannya Arsyad dan abang kakaknya....mama dan ayah sekali lah tu...tu yg disimpan tak dimakan bersama kawan2nya.... mana2 hadiah yg 'terpaksa' dihabiskan macam aiskerim ke...air kotak ke memang dihabiskan di sekolah lah....

Tahniah Iera....