Sunday, July 31, 2011

Sambut Ramadhan dengan menggembirakan hati keluarga

Alhamdulillah murah rezeki kita sekeluarga nak sambut Ramadhan ni
Semalam Sabtu Ma, ayah ngan Arsyad gi Lowyat KL.....untuk......

jeng jeng.....hadiahkan mama menda ni....
Hadiah ANNIVASERY ke 22 pd 22 Julai lalau.....

Lenovo ideapad S100...
kiranya untuk hari dibeli 30 Julai 2011,
model ni kira paling latest lah kata penjual tuuuu...
Lenovo? apa tu tak pernah dengar kan....
owww...dulu nama kompeni dia IBM...now dah dipenjenamaan semula
jadilah Lenovo....kiut jer...2.15kg, 10.1 inci screen,
kaler Biru...nak yg meroon dah takde stok huhu....
Untuk kegunaan harian Mama ayah kata,
dah tu jangan kacau laptop ayah lagi....
tapi kalau ayah nak out station bawa yg ni ea....
ringan sket, boleh masuk dalam handbag

Bestnyaaaa......dapat notebook baru....
ingatkan nak Ipad ...tapi dapat yg ni...
Lagiiiiii besttttt......
tq darling I LOVE YOU SO MUCHHHHH...



Yang ni pulak
Laptop Sony VAIO
untuk Aiman.... sebab dapat markah terbaik Matrik
average 3.96....
diterima masuk UKM, buat Mekanikal Enginering
duduk Komsis Ungku Omar
ek ena...depan ofis ayah tu...huhu....

Aiman punya kaler Biru....


Nokia C3

Nokia C3 kaler Gold untuk Asyraf
dan
kaler Ungu untuk Raihana


Untuk abang sebab apa ya....
owh sebab hp dia dah rosak dia dok guna hp kawan dia...

Untuk Hana sebab dapat 8A masa PMR tahun lalu
hehe lambatnya dapat hadiah...
dah rezeki tu lambat dapat nak buat cemana

Alhamdulillah

Menu Ramadhan penambat rasa....

Tiap kali Ramadhan, memang menu berbuka dan bersahur kena fikirkan juga....
memanglah kalau mengingatkan anak2 jangan fikir pasal makan jer bulan puasa ni, fikirkan ibadah yg kita buat dulu...tapi dengan anak2 yg masih kecil, nak menggalakkan dan reward kepada kesungguhan mereka berpuasa dan bangun sahur tu, kenalah mama bersedia dengan list menu untuk sebulan....

Biasanya mama cuma listkan tajuk menu lauk, sayur dan dessert jer....lepas tu kita adjust lah bila yg sesuai masa nak memasak menu tu, mengikut bahan keperluan yg ada di dapur, keadaan cuaca, kerajinan mama....serta 'kebaikan' hati anak2 nak menulung mama hari tu...hehe...dan banyak lagi kriteria yg akan mempengaruhi darjah kerajinan mama untuk memasak menu yg sodap2 untuk keluarga....

Tahun ini kita kena kuatkan iman, kuatkan tekad untuk tidak membeli belah makanan di Bazar Ramadhan ya anak2.....okeyyyy diorang kata....entahlahhhh....tapi selalu tu kalau terpaksa ....terpaksa ler juga merayap ke bazar ramadhan mencari lauk huhu.....

Kalau nak jimat masa dan mengukuhkan kekuatan Malasnya tu selalu mama masak menu yg boleh di masak sekali makan 3-4 hari...hehe....cth kerabu...pucuk ubi ke selom ke pegaga ke... kalau buat banyak sekali, pack dlm tupperware asingkan siap2 boleh makan 3- 4 hari....gulai tempoyak pun boleh juga....asingkan separuh, simpan dalam fridge...nak makan lagi cuma perlu reheat jer....Daging masak hitam pun boleh....

Kuih @ dessert yg selalu anak2 suka caramel ler apa lagi....buat ikut cara paling senang jer....kalau dibakar lagi sedap....
  • Panaskan 2 sudu gula dgn sedikit air dalam loyang atas dapur hingga jadi karamel.... ketepikan
  • Dalam blender masukkan 10 bj telur, 1 tin susu pekat, 1 tin air, sedikit vanila, sesudu tepung jagung
  • Blend hingga sekata, tapis ke dalam loyang
  • Bakar 30 min 190 degree Celcius
Selain puding karamel, yg senang2 dibuat spt jelly kelapa, jelly buah, jely coklat dll lagi pun jadi keutamaan. Paling kerap dibuat bila puasa, buah Melaka lah kan....minta anak2 jer tolong bulat2kan....mama tukang celur....biasanya kuih2 berasaskan pulut senang dibuatkan...spt Dangai, Getas....

Buat kuih koci guna konsep buah Melaka juga senang, lepas dicelur bungkus dlm daun pisang...buatlah saiz comel2 jer...untuk muat2 jer sekali ngappp.....hihi...

Lauk yg selalu dimask mestilah ayam goreng....ikan goreng sambal, daging masak hitam, daging singgang, kerutub itik, ayam kampung dan ayam kluk2 juga best....

Sesekali kena masak nasi tomato, nasi minyak @ biryani juga, dengan dalca ayam @ daging, ayam masak merah dan salad sayur....

Macamanpun bergantung kepada kesesuaian perasaan juga...hehe ...banyaknya alasan....


Selamat berpuasa untuk semua.....

Friday, July 29, 2011

Lelaki lebih ramai....

Kat berita TV3 pagi ini jam 7.30 pg kata, hasil bancian 2010 menunjukkan golongan lelaki lebih ramai daripada perempuan.....ermm apakah maknanya....

Selama ini ramai beranggapan perempuan lebih ramai, maka tersenyum meleret kaum adam....hehe...nak buka cawangan lah tu. Tapi kini tidak lagi kot.....dan kaum hawa sebenarnya masih mempunyai banyak pilihan...cuma janganlah memilih sangat ya...pilihlah berdasarkan Istikharah kepada Allah .....


pix_gal0

Jumlah lelaki lebih ramai

Berita Harian Sabtu 30 Julai 2011:

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.
Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 di sini, semalam.

Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).


Monday, July 25, 2011

Lepak di Lagenda Hotel KL

Melepak kat sini, kat lobi hotel sementara menunggu
ayah berseminar
Pemandangan di lobi hotel....alamak blurrr la pulak
Tangga di lobi untuk ke tingkat atas....
Amboi nenek ni....dok khusyuk membaca novel ya....
Lunch time di sini ....sendirian...ayah makan di hotel
Pemandangan di dalam the Mall, KL....tak best sangat lah
nak shopping kat sini.....tak suka...
Lunch set...dan novel yg dibeli kat Bookstore yg tak banyak
pilihan novel tu....ermm alahai....
Sorang jer makan sekali ngan jus mangga...
RM26...perghhh....mahal tu

Tahun lalu dah melepak di sini, Hotel Legend KL.yg dekat the Mall tu...masa tu ayah yg bagi seminar kepada warga engineer dr seluruh M'sia....tapi kali kedua ni ....Khamis 28 Julai, Seminar anjuran JKR Debris flow ...Tanah runtuh...heran juga selalu tu ayah yg bagi seminar pasal tanah runtuh ni, tapi kali ini nampaknya JKR tak menjemput ayah utk bagi seminar pasal tanah runtuh... diorang boleh pulak jemput orang Jepun dan Swirtzland.... entahlah....tapi tajuknya tanah runtuh di Malaysia......wallah hua'lam.... ayah pun pelik juga...itu pun mujur ada Engineer yg memang kenal ayah, dia yg call maklumkan perkara ni....so dalam tak menyempat tu pun ayah hadir juga program ni...

Petang ni patutnya ayah kena bertolak ke JB sebab esok kena jadi external reader viva sorang lecturer di UTM yg buat PhD.... mangkanya bergegas lah balik petang tu, sampai jer rumah jam 6.20 ptg, pack baju dan barang nak dibawa...terus naik teksi jam 7.00 ptg untuk ke KLIA. mujur dapat tiket bisness, boleh lah makan di Golden lounge....mama pulak belum masak apa2 hari ni....

Alamak....dah janji nak kena buat pot-luck ke surau al mujahidin malam ni sebab ada program Tahlil perdana....sampai jer rumah terus rendam 3 paket meggi kering tu...kita buat meggi goreng jer lah....Abang dan Aiman bawa ke surau untuk solat maghrib.... wahhhh nasib baik dlm masa 30 minit boleh siap masak...huhu....


Friday, July 22, 2011

Buka Kiosk di MAEPS

Buka kiosk kat Muktamar ABIM 2011 di MAEPS

Hari ke 2 Muktamar di SERI/SEMI ABIM
Jannah buka kiosk tudung
Kita buka kiosk Tshirt Muslimah

Cantik kan tudung ni..dwitone labuh ni....
Antara agensi dan pertubuhan ABIM yg buka kiosk
di sini

Pada 23 - 24 Julai 2011, Sabtu dan Ahad lalu ada Muktamar ABIM di MAEPS, tempat MAHA selalu buat program tu....ramai yang hadir dari serata Malaysia...bersemangat diorang ni kan... kita yg duduk dekat ni berat jer nak melayan program2 macam ni...kalau bukan kerana dipaksa rela dek Jannah, AJK program...entah hadir ke tidak pun.

Masa mengajar di ABIM dulu memang diwajibul ghunahkan kena hadir .... ni sejak dah bersara baru 2 kali jer... tahun lepas di GMI, Bangi. Ni pun sebab kat Bangi, boleh lar pergi hehe....kalau luar Bangi wallahu a'lam.....

Ramai juga yg buka kiosk, ada yg hanya mempamerkan sahaja dan ada yg menjual produk juga.
Hari keduanya program dibuat di KDH, Kolej Darul Hikmah @ SERI/SEMI ABIM....Sg Ramal Dalam.....

Alhamdulillah jualan pun boleh lar....walaupun tidah meriah sangat...sbb yg hadirnya 70% adalah lelaki...hehe...itupun ada 3 peserta lelaki yg belikan baju Nursing utk isteri dan ayah belikan baju utk anak dara dia...hehe...bagusnya diorang ni....yg sorang tu beli tudung labuh utk isteri yg tidak dapat hadir kerana sarat mengandung....

Wednesday, July 20, 2011

Lasagnea ke nih....

Hari isnin hari tu anak2 puasa... Iera mengganti puasa, Arsyad dengan rela hati meneman kakaknya puasa, Hana pun saja nak puasa sunat Syaaban.... orang lain tak puasa sebab dah lepas 15 Syaaban biasanya malas dah nak buat puasa sunat, mama memang tengah uzur.

Mama pun menyelongkar peti ais, nak masak apa pulak utk berbuka hari ni ya. Tengahari dah masak kicap ayam kampung dan sayur lemak cendawan dan petola dengan suhun banyak-banyak. Kerabu Selom pun ada lagi dlm peti ais, sambal belacan, ulam pucuk gajus dan ikan terubuk masin pun ada.

Tapi sebab mama tak puasa, sedangkan anak2 puasa ni kesian la pulak.... meh lar masak lasagnea untuk diorang...tapi guna hirisan kentang, malas nak guna kepingan lasagnea....

Inti dia mama guna dada ayam:

4 keping dada ayam di hiris nipis
2 batang karot - parut kasar
8-10 keping cheesdale cheese
2 sb serbuk kari
2 labu bawang besar- cincang
10 ulas garlic- cincang
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
sedikit garam
daun sup/bawang
daun oregano - kalau ada

Tumiskan bawang, garlic sampai layu, then masuk serbuk kari dan sedikit air, tumis sampai kari tu masak dan pecah minyak. Masuk segala sos dan perisa. Tambah air jika perlu.

Masukkan ayam biar beberapa minit dan masukkan karot. Biar hingga kuah agar kering. Rasa.


5 biji kentang yg agak besar dihiris tapi jangan nipis sangat.

Tuang inti ke dalam acuan seratanya
susun kentang rapat-rapat
susun cheese kat atasnya
bakar 180 degree 35 minit
Selepas 35 minit dibakar inilah hasilnya
Dah boleh makan

Tuesday, July 19, 2011

Kuih Dangai

Kuih dangai juga dibuat daripada tepung pulut. Maknanya memang masa mama kecil dulu sangat dilarang dari memakannya...huhu....kesian mama masa kecil dulu kan.

Kuih ni dah la rasanya sangat sedap, nak buatnya tersangatlah senang...memang melampau lar kalau dah tau tapi tak nak buat.....jom kita buat lagi lain kali....

Selalunya suka buat dalam bulan puasa....tapi bila ada tepung pulut di rumah, mama buat juga untuk minum petang.... masa takde kuali tembaga apam balik dulu, mama guna kuali leper non-stick jer...pun jadikkk....

Dah mama cari merata acuan kuih dangai ni, tapi belum temu jodoh nak jumpa....so kalau anak2 nanti dah suka sangat kuih ni, cuba lah cari ya....ni ha rupa acuannya.....



Okey...jom kita mula buat....yang kena ada tepung pulut, kelapa parut putih dan gula...atau gula perang er Brown sugar.....sedikit garam dan sedikit air....alahaiii ni mesti ada jer kat dapur kan..

kalau ada 1 paket tepung pulut
1 biji kelapa parut cukup kot...

tepung pulut yg dah digaul dengan kelapa parut, sedikit gula
dan secubit garam. renjiskan sedikit air dan jadikan crumb

takde acuan dangai, mama guna kuali tembaga untuk buat
apam balik. taburkan adunan rata dalam acuan, tabur sedikit
gula seratanya....guna api slow jer ya....

Tutup kuali, selepas 5 minit InsyaAllah dah masak...

Lipat macam apam balik.....

Hidangkan..... dah siap.... yeaaa senang jer kan,,,
sedap pulak tu.....
ya lah kuih dulu2 ni senang dibuat dan sedapppp....

Monday, July 18, 2011

Kerabu Selom

Mama suka buat kerabu selom ni sebab semua orang suka makan kerabu ni....nak buat pun senang...tambah senang sebab kalau buat sekali boleh makan 3 hari hehe.....simpan siap2 dalam 3 tupperware utk 3 hari

Ayah pun dah tanya-tanya lama mama dah tak buat kerabu pegaga. Ya lah, sekarang ni susah nak jumpa pegaga kat pasar ke pasaraya....kenapa ya....

Kat rumah ada tanam pegaga, tapi pegaga air, dah try buat sekali, macam tak berapa sedap la, keras sket daunnya....


Kelapa parut putih digoreng tanpa minyak hingga naik bau
jangan lama sangat nanti liat.....

Cili padi, cili merah hiris dan goreng
Bawang besar dihiris dan digoreng
ikan bilis digoreng
sedikit belacan digoreng

Kemudian tumbuk semua bahan di atas
then gaul dengan kelapa yg sudah digoreng

Daun selom dihiris kasar
kemudian gaul bahan perencah dan garam
sesuaikan rasanya....
dah siap......

Sunday, July 10, 2011

Terung goreng kicap

Sayur yang paling senang nak masak tu lah yg anak-anak selalu suka makan...wahhhh bagusnya ... menambah darjah kemalasan mama yg dah ala-ala menua nihhh...

Ni sayur faberet semua.....Terung goreng kicap

Sediakan bahan2nya dulu





1 labu bawang besar- hiris kasar
8 biji cili padi - mayang
sedikit ikan bilis

Bahan2 ni semua digoreng asing2....
4 btg terung panjang- belah 2 then potong serong
kemudian goreng sampai coklat...dan lembut
Tempe di potong kecil dan goreng sampai garing
Campurkan semua bahan yang sudah digoreng
dan gaul mesra alam
Lepas tu curah kicap secukup rasa....dah siapppp....

Makan dengan ikan kembung goreng
dan nasi panas.....


Guna tempe yg dibungkus dalam daun dan surat khabar ya...
yang ni lebih sedap, kalau yg dalam plastik tu
anak2 tak berapa gemar.....

Haaa yg gambar ni ada lebih tempe, so kita hiris nipis
celup dalam tepung goreng ayam KFC
goreng garing....walahhhh
ni pun feberet anak2...

Owhh lupa hari tu mama ada masak sayur air pucuk belinjau
tu yang menambah kesedapan makan....dan
sambal belacan limau kasturi....

Wahhh senangnya menu hari ini....tapi kenapa nasi macam tak cukup jer....

Saturday, July 9, 2011

Rindu Kampung Halamanku...

Ohh ini lah rumah kelahiran mama.....di Parit Bengkok,
Bagan batu Pahat Johor....rumah ni arwah atuk iaitu ayah mama, Hj Osman Amir
yang membina, mengubahsuai dan menaiktaraf. Dibina pada tahun 1957,
nampak kat atas bumbung kat kekuda tu ada tulis 1957...sama tahun
Malaysia merdeka....so tahun 2011 ni dah 54 tahun...
masih berdiri kukuh rumah 'ibu' @ rumah utama tu memang dari asal
begitu...cuma dalam 5-8 tahun sekali bertukar warna....
tapi warna yg selalu ditukar ganti tetap HIJAU.... sbb arwah atuk ni
orang kuat PAS.....hehe...bangga kan jadi cucu atuk.....
mama bangga sangat dan bersyukur jadi anaknya...
huhuhu...rindu lah pulak kat atuk dan nenek engkorang...
AL FATEHAH......

Tetiba malam ni rasa rindu sangat nak balik kampungku
memang dah nak dekat setahun tak balik kampung...huhu....sejak pemergian Emak dan Bak...memang jarang sangat kita balik kampung kan..
asyik balik kampung ayah di Perak jer.....

Aghh...pokok durian ini kalau berbuah selalunya memang lebat....di depan rumah jer, so kalau ada yg gugur pukul 3 pagi pun ada yg sanggup bangun.....
Wahhh rindunya....di sini mama dilahirkan, dibesarkan, disekolahkan, ditunangkan, dinikahkan, disandingkan....
Di parit ini dulu, mama dan kawan-kawan lelaki ke perempuan pernah berkubang... kalau musim kemarau airnya kering...kami main galah panjang...
Kereta peninggalan arwah atuk ni boleh jalan lagi walau dah ditinggalkan 5 tahun lalu...
Rasanya ni la last balik kampung, masa menghantar pengantin Maksu ke rumah Paksu juga di Batu Pahat....
Amboi... 3 dara pingitan ni...bersantai-santai di wakaf ya...
Bersarapan lempeng cicah sambal tumis di wakaf beramai-ramai memang menyelerakan...kalau berebut memang terasa enak makanan tu...
Bunga2an yg ditanam di halaman rumah...

Wahh anak2 buahku...Muaz, Trisya dan Umaira.....