Wednesday, July 10, 2013

Appendicitis atau Radang Appendik

Hari Sabtu 6 Julai 2013....mama ke KL nak beli tudung, kali ni Asyraf yang jadi driver...
ini kali ke 2 dia jadi driver mama, mujur pun....masuk jer area KL Subhanallah jem giler...
tiba kat Jalan Raja Laut nampak ada 2 lelaki pegang sign board tulis  "Sogo Car Park"...Huuhh patutlah...Sales kat Sogo rupannya...Alhamdulillah sehingga ke hari ini mama masih bebas dari terpedaya untuk ke Sogo....hehe...ada orang tak percaya bila mama kata mama tak pernah pijak Sogo.....mesti ada hikmahnya di situ huhu....

Kami masuk ke Jalan Bunus pun padat kereta, kat tempat parking dah full....terpaksa ikut jer aliran trafik...terus ke Jalan TAR...tapi mama turun dan jalan kaki ke tempat tujuan...

Balik ke rumah petang tu Asyraf mengadu sakit perut semacam jer....lepas Isya' dia mulai demam dan menggigil....suruh gi Doktor dia kata takpe boleh tahan lagi....ayah paksa dia ke Doktor esok paginya...tu pun dia bertangguh lagi...ayah tu paksa sebab cara sakit @ simptom @ gejala....yg Asyraf lalui tu mengingatkan dia masa usianya 9 tahun dahulu.... dia pun pernah sakit macam tu lepas banyak sangat makan jambu batu.....dan ayah pun dah operate buang appendiks masa tu....

Lepas zuhur Asyraf drive sendiri ke klinik...lama kami tunggu dia tak balik...tiba2 dia call kata kena tahan kat Hospital Serdang...pulak dah...inilah first time anak mama masuk hospital.....so bergegaslah mama dengan Aiman ke hospital bawa segala keperluan dia...duduk di Wad kecemasan sebab hari Ahad....jumpa pun sekejap jer....


Rakannya Hazim ada datang menziarahi sewaktu di Wad Kecemasan
tengok rupa macam sihat...tapi sedng menahan sakit juga
sakitnya kurang sket sebab Doktor bagi ubat tahan sakit

Appendicitis kata Doktor yang merawat...rupanya dalam wad tu ada juga lelaki2 lain yang sama sakit macam dia...ada sorang tu asyik memual dan muntah jer...tu tentu dah serius....balik rumah mama pun siasat sikit pasal sakit nih...


Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.



Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :


  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.


SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
  • Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

    BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

    Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

    Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.
  • APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.

  • PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).


RAWATAN


PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.

Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.

Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.

penterjemah : nadzira ghazali



Haaa...tu dia...serius juga kan penyakit ni, kalau tak dirawat boleh meracuni diri....esoknya bila call belum di operate lagi...dah 24 jam tak makan nih...tengahari tu mama pun datang ziarah dia, dah pindah ke wad 6B...wad biasa lelaki...duduk kelas 3...patut lah open jer....


Taka lama kemudian datang Nurse ni bagitau dia boleh masuk Wad 2 sebab dia students UPM.... larr semalam masa daftar masuk bukan dah bagitau ke dia students UPM... musykil nih.....
Selesalah sikit masuk wad 2 ni nih...1 bilik 4 katil jer...elok tertutup..ada privasi... ada 3 orang patients waktu ni..termasuk dia.... apa lagi yg boleh dibuat selain tidur, rehat, membaca lagi sampai tertidur.....dah habis majalah dan buku dibaca  dah tapi turn utk dioperate tak sampai lagi....
 Kemudian datang jururawat buat pemeriksaan ....ganti air yang disalur ke badan dengan antibiotik......
Dah tangan bersambung dengan air botol yan g bergayut tu....usunglah ke mana pergi.... solat pun atas katil jer.....




Kemudian datang seorang Doktor Pelatih tahun 5 buat soal kaji selidik....lama juga... sampai mama tak perasan waktu melawat dah habis sebenarnya...hehe....


Belah malam Ahad kul 7.00 dia call kata dah nak masuk Wad bedah.....lepas Isya' mama dan ayah datang ziarah...masih tidur akibat ubat pelali yg Doktor bagi....mama ngan ayah stay 2 jam di sini...kami sempat jumpa Doktor tanya berkaitan penyakit nih dan rawatannya....

Keesokan harinya mama datang bawa bubur yang diblend..alahai belum boleh makan lah.... malamnya ayah datang bawa bubur lagi...pun belum boleh makan huhu...kesiannya...dah 3 hari tak makan apa2...boleh minum air mineral ...mujur mama ada bawakan air zam zam dan madu Kelulut...buat basah tekak.....

Alhamdulillah hari Selasa tengahari dah boleh balik walaupun belum boleh makan sangat