Friday, December 31, 2010

Diserang Virus Novelas aureus.....





Membaca novel bukanlah kegemaran...
langsung tak terlintas pun nak membaca...
rutin bulanan biasanya baca majalah Anis, Solusi,...
banyak juga mengumpul buku2 spt:
Biografi Muhammad bin Abdullah,
Indahnya Hidup Bersyariat...
Iskandar Bukan Zulkarnain,
dan banyak lagi....

Beberapa tahun sebelum ni sebelum ke Mekah,
banyak menghabiskan masa dengan
buku2 berkaitan Haji dn Umrah
termasuklah Travelog Haji
yg rasanya amat membantu...

tetapi sejak beberapa bulan lalu
sebab ada 2 orang rakan yg agak rapat
merupakan novelis iaitu
Durrah Fatihah dan Balkish...
memula untuk memberi sokongan
dan mengambil hati belilah novel2 diorang
mula simpan dulu...peram beberapa bulan...
dah habis segala buku dibaca
mulailah mencari semula novel2 tersebut
langsung lekat...aduyaiiii....
selama tak sampai 2 bulan dah habis baca:

semua 4 koleksi Durrah Fatihah:
Rindu di Kalbu, Seteguh Cinta,Suratan Kasih dan Kau selalu ada,

semua koleksi Hlovate:
Versus, Keds Story, 5 Tahun 5 Bulan,Schubert's Serenade,

Rooftop Rant, Greattroublemaker
[Tunas],dan aA + bB...


5tahun-JS


gurindam_web

tunas cover web

pic_b

COVER-Versus-web


koleksi Jemari Seni:
3 Jantung Hati, Sweet Sour, Seikat Kembang Merah, 3 + 1= satu,
Warna, Gurindam, Pelangi, Percayalah ~ akhirnya



pelangi-web

rasa lepas ni nak beli :
semua novel terbitan Jemari Seni.... hahaha....

COVER-SS

Kesimpulannya..... novel ni paling best giler.....

then Versus & all Hlovate karya......

kiranya SEMUA pun besttttt belaka.....



Tuesday, December 28, 2010

Animasi tandingan Upin Ipin....




bakal muncul dikaca TV3 tidak lama lagi...on Mac 2011 khabarnya....

siri animasi anak tempatan yg amat membanggakan....

BoBoiBoy superhero....

saingan sihat untuk Upin Ipin nampaknya....

tahniah untuk anak muda kita yg kreatif nih...


Mohd Nizam Abd Razak,
Mohd. Safwan Ab. Karim,
Muhammad Anas Abdul Aziz
dan Kee Yong Pin

Animonsta Studios

kita nantikan kemunculannya.....yeahhhh

Monday, December 27, 2010

Buat Taugeh Sendiri...

Taugeh ni memang jarang yg amat sangat mama beli, sbb tak suka makan..

tapi khasiat dia bagus sangat.... huhu... cer try buat sendiri kot jadi tersuka pulakss....

Iera yg suka sangat makan taugeh... macamana entahnya dia boleh suka kat taugeh, tak tau lah... abang2nya semua tak suka taugeh... kalau masak mee ke kue tiaw tak pernah masuk taugeh, kalau letak juga alamat mengaislah diorang mencari taugeh...then penuh keliling pinggan tu dengan taugeh... hummm...



Mulanya ayah buat taugeh ni sbb nak bagi makan kat ayam, itik sbb taugeh ni banyak protein... search dlm internet cari cara buat taugeh....

tanpa diduga esoknya ayah boleh beli kacang hijau 10 kg...masyaAllah... biar betul...



Siap beli rak berlaci plastik...Hana ingat nak buat isi baju dalam ke seluar dalam ker....disuruhnya letak dlm bilik dia..haha

Okey kita layan cemana nak buat taugeh ni:

Rendam kacang hijau selama 8 jam- then toskan'

Sediakan penapis, letak kertas bersih...ayah guna kertas A4...renjis air bagi lembap

Taburkan rata kacang hijau atas kertas.... renjis sedikit air



Masukkan dalam laci, tutup rapat biar gelap...




Renjiskan air setiap 4-5 jam

Selepas 48 jam akar dan badan taugeh akan memanjang...



Seepas sehari

Selepas 2 hari


Selepas 3 hari... walah....


Bahan buat kerabu:

Secawan kelapa parut- putih

Semangkuk taugeh- buang ekor ehh akar...

10 bj cili padi- hiris

3 bj cili merah- hiris

3 bj bawang putih- hiris

secawan ikan bilis

sedikit belacan

Cara buat kerabu:

Goreng tanpa minyak kelapa parut hingga kekuningan dan naik bau- ketepikan

Goreng semua bahan hiris- cili padi, cili merah, bawang, belacan, bawang putih dan bilis - toskan

Tumbuk semua bahan yg digoreng, masukkan kelapa yg dah digoreng.sedikit, supaya senang nak tumbuh.......

Gaul kelapa dan bahan yg ditumbuk, then bubuh sedikit garam. gaul rata...

Taugeh tidak perlu dicelur.... bilas dan toskan jer...ehh semalam mama buat lupa nak basuh taugeh lahhh....hahaha... nasib baik buat sendiri...kira bersih lah...

Gaul perencah dan taugeh. Rasanya rangup....







Makan ngan nasi putih panas, tak payah guna kuah.... semalam mama makan ngan tempe goreng celup tepung KFC.... wahhh lazatnya...

Ayah makan kerabu ni habis.semangkuk...sampai lupa nak makan lauk......

Saturday, December 25, 2010

Kebas Tangan ...kenapa ya...

Sejak akhir-akhir ni tangan sebelah kiri selalu kebas jer....
kenapa ya.... setiap kali duduk tahiyat akhir, tangan kiri pun kebas...
duduk saja-saja pun tangan kiri kebas....
berbaring menghadap ke kiri pun rasa kebas juga....

Selongkar kat Google.....jumpa ni...betul ke.... mak aih risaunya...
tahun lepas dah buat apa kenamanya...CTG ...ye ke yg nak cek ada sakit jantung ke idak tu...
dah habis ratus2 RM, Dr kata normal jer....

ni yang risau giler nih... ehh kalau risau nanti lagi la bahaya kan...
dah dah...jangan risau....huhu....




SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

Sendi Sakit
Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).

Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

untuk maklumat lanjut rujuk di link ini:

Tuesday, December 21, 2010

Nak ke mana kita cuti ni....

Cuti sekolah tahun ni memang boring sket bagi anak-anak sebab langsung tak berjalan ke mana-mana, dah nak buat cemana ayah sebok lar yang oiii...kita jalan-jalan cari pasal kat area Bangi jer eak.... tu jer yg mama tau nak bawak pun... jauh-jauh sangat kang tak jumpa jalan balik...hahaha

Kita dah gi tengok wayang citer Rapunzel kat Alamanda....dah kira gempak tuuuu sebab tu la first time mama gi tengok wayang ngan anak-anak haha.... ayah sampai la ni tak pernah masuk panggung wayang...huhu....


Kata nak ke Kelang pun tak jadi jer...bila kita cam dah nak jadi sangat nak gi sana, orang kat sana la pulak cam tak boleh jadi nak ada kat rumah... bila orang sana cam dah ready jadi-jadian masak itu ini ...kita la pulak tak jadi gi...ada tamu nak datang lah ...jemputan sehari tiap sabtu ahad ada 2-3 tempat lah....last-last tak menjadi...haha....papelah....



Hari tu ajak gi Melaka korang taknak... alarrr boring arrr dah 5 kali gi KMM tempat Aiman tu...udahnya asyik mama ngan ayah jer yg gi...huhu...ayah kata ....ayah tak kisah menghantar anak2 balik asrama tak kira jauh manapun asalkan dia nak belajar dan syukur alhamdulillah Melaka tak der lar jauh sangat pun... Abang dulu kat Gopeng lagi ler jauh... tu pun ayah sanggup redah...rasa dah nak sampai Cameron Highland mencari KMP...huhu...tapi yg tak boleh ingat masa jemput Aiman kat PLKN amenda-entah-nama kat Selama, Perak... memang jenuh lamaaaa... sangat baru sampai...pun ayah dan ma sanggup redah....

Cuba bayangkan ...ada ibu bapa lain menghantar anak jauh-jauh untuk ke Pusat Pemulihan Akhlak @ Serenti... tentu sedihhhh kan.... kita ni kira syukur banyak lah hantar anak-anak belajar....betul cakap ayah tu.....hik hik anak-anak terharu mendengarrr.....

Ni nostalgia perjalanan nak ke PLKN Selama, Perak.....

Nak menyampaikan ke sini...punya lahhh...
merentas hutan belantara, gunung ganag menghijau diselaputi kabus tebal...
merempuh air terjun yang dingin entah-penama-pun-tak-tau....rasa nak terjun mandi jerkkk

berasak-asak di lebuhraya yang dipenuhi mamat-mamat vespa-siap-berbunga bagai nak ke mana entahnya.....

Sunday, December 19, 2010

MAHA 2010....

Menda burung Walit ni Ma,... haaa baca kat situ...
mama pun cam first time dengar jerkkk
Mama yg pegang kamera... udahnya gambor diorang jer la...
Ikan Kerapu tu Arsyad,...masak sweet sour sedap tuh...
Pernah ada cam ni kat rumah kita....tapi lagi simple ler ...
bila dah penuh dengan katak pelbagai jenama datang menginap...
mama suruh ayah basuh jer...simpan....
Cantik kan ... lepas ni diorang buat sayur ke buang jer ni...sayang jer kalau buang kan
Dah jumpa Booth Mardi tapi takde jual pulak Genkimo...


Setiap kali MAHA dianjurkan kami semua mesti pakat pergi punyalah...
sebab ayah nak cari Genkimo untuk ternakan dia...
tapi malang betul pergi kali ni jalan jem giler...
terperangkap kat trafik for 2 jam lebih... then.....punya la sengal...
pak guard yg kat gate tu kata parking dah penuh...
punyalah ayah marah ... berasap tahap tak ingat.....
akhirnya kami balik rumah...sebelum tu singgah makan
kat Restortoran Cempaka kat PKNS...
pukul 7.45 lepas jer maghrib ma gi ngan ayah dan arsyad jer...
kena pulak hujan lebat....yg lain malas nak ikut...

Ni jer lah yg sempat kami rakam sebab memang walaupun hujan
pengunjung berasak-asak juga....
bila nak balik dah tak jumpa jalan nak keluar masa kat blok yg
jual makanan tu...blok apa ya.... lupa....
rasa bahaya jer kalau lah berlaku kebakaran ke apa sempat ke cari jalan keluar...

Tapi malangnya Genkimo yg ayah cari tak ada.....aduyaiiii....
kami cuma beli 3 anak pokok petai, 3 anak pokok limau nipis
baja organik, sarak ikan dan produk Ramli...
dan Coklat Upin Ipin jer....


Sambal Bunga Kantan

Suka sangat buat sambal bunga kantan ni kalau kantan tengah berbungalah
Tambah sedap bunga kantan tanaman sendiri...
Makan dengan nasi panas dan ikan masin jer pun dah sedappp
Hari ni ayah bawa balik 8 kuntum bunga kantan dari kebunnya...

Dua kuntum buat sambal, 2 lagi masak asam pedas ayam kampung...
4 kuntum tu plan nak masak Laksa Johor lah esok.... hehe...



Bunga kantan dihiris halus..


Bawang besar yang siap dimayang kasar


Ikan bilis yang sudah direndam, kemudian ditumbuk kasar

masukkan cili api ikut suka cita rasa,,,tumbuk juga secara kasar jer

Tumiskan bawang besar tadi dengan sedikit minyak...hingga layu dan garing sket..

masukkan cili dan bilis tumbuk tadi kacau rata...



masukkan pula hirisan bunga kantan dan gaul lagi... 
masak beberapa minit

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas....


Fakta tentang Bunga Kantan


Bunga Kantan atau nama saintifiknya Etlingera Elatior
bukan sahaja terkenal di dalam masakan tetapi boleh dijadikan perhiasan.
Gubahan yang menarik akan mengindahkan lagi suasana dengan warnanya yang menawan
dan harumannya yang menyegarkan.
Bunga kantan juga mempunyai khasiat perubatan.
Daunnya boleh digunakan sebagai ubat untuk menghilangkan bau
hanyir badan
dan rizomnya digunakan sebagai ubat untuk buang angin selepas bersalin
iaitu dengan cara dimakan bersama sirih.
Bunganya pula boleh mengekalkan awet muda
apabila diracik halus dan dimasukkan ke dalam minyak wangi.

Bersama Radio IKIM di Darul Fuqaha

Bersalaman dan ucapan terimakasih kepada tuan rumah dan kakitangan darul Fuqaha..sebelum kami mengundur diri
Sempat bergambar bersama juruhebah pujaan mereka... penama dia eak...
Ustaz yang menyampaikan ceramah pada majlis tersebut...biasa tengok kat TV kan Ustaz ni...
Persembahan nasyid dari anak2 yatim darul Fuqaha
Hadirin yg hadir menerima Majalah Pengantin November...dan Goodybag IKIM
kami datang berlima... mama, Hana, makcik Lin, Nurul & Aqila...
Juruhebah haha macam dolu-dolu jer...penyampai radio la,..
mana ada orang panggil juruhebah dah lar ni....
Penyampai Radio IKIM dan kakitangan Darul Fuqaha menyampaikan
cenderahati dan sumbangan kepada anak yatim & keluarga miskin


Pada hari Sabtu 13 Zulhijah yg lalu...kiranya hari ke 3 Aidil Adha tahun 2010 ni...
baru jer baik dari demam dan semput...
Makcik Lin ajak gi Darul Fuqaha ada Forum Perdana
anjuran Radio IKIM.... emm gagahkan juga..
Orang dari Kelang dah turun Bangi tak kan org bangi tak gi...

Ramai juruhebah radio IKIM yg hadir... tapi sorang pun mama tak kenal
sebeb mama cuma dengar jer radio tu tak kisah ler siapa yg bercakap
tapi Makcik Lin dan anak2nya memang kenal semua penyampai radio IKIM ni..
sempat bergambar sekali...
Layan jer lahhhhh....

Wednesday, December 8, 2010

Cara kupas buah manggis.....

Khasiat Petai

Petai atau nama saintifiknya Parkia speciosa dikenali sebagai kekacang busuk (stinky beans) di Australia. Nama lainnya zawngtah, peteh, sataw dan yongchaak.



Mungkin anda akan mengubah persepsi tentang petai selepas membaca tentang kebaikannya yg telah dibuktikan secara saintifik:

Petai mengandungi gula semulajadi- sukrosa, fruktosa dan glukosa. Ditambah pula dengan kehadiran serat, ia memberi bekalan tenaga segera, tambahan dan simpanan. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 2 hidangan petai cukup untuk membekalkan tenaga kerja berat selama 90 minit. Sepatutnyalah petai menjadi hidangan para atlit berjaya di dunia. Bukan hanya membekal tenaga petai juga membantu kita mengekalkan berat badan. Ia juga dipercayai membantu mengelak atau mencegah dari pelbagai penyakit. Kemurungan:Kajian yg dilakukan oleh MIND menunjukkan petai dapat mengurangkan sindrom kemurungan. Ini kerana petai mengandungi tritofona, sejenis protein yg akan ditukarkan kepada serotinina oleh badan, menyebabkan badan merasa lega, meningkatkan rasa seronok dan membuat kita lebih gembira.

Sindrom Pra Haid: Lupakan saja pil penahan sakit, makanlah petai. Kandungan Vitamin B6 di dalam petai membantu melancarkan perjalanan glukosa di dalam darah, yg akan mempengaruhi emosi kita.

Anemia: Petai mengandungi kadar zat besi/ ferum yang tinggi, membantu meransang pengeluaran haemoglobin dalam darah secara langsung akan mengurangkan anaemia.

Tekanan Darah Tinggi: Petai yg unik ini dipercayai mengandungi kadar potassium tinggi yg rendah garam, cukup baik untuk mengurangkan tekanan darah. Kajian ini disokong oleh US Food and Drug Administration, yg membenarkan penggunaan petai untuk mengurangkan risiko tekanan darah dan angin ahmar.

Kuasa Minda 200 orang pelajar sekolah di Twickenham (Middlesex) diberi hidangan mengandugi petai untuk sarapan, makanan ringan dan makan tengahari untuk meningkatkan keupayaan minda mereka. Didapati, kandungan potassium di dalam petai menyebabkan mereka lebih fokus semasa belajar.

Sembelit: Kandungan serat yg tinggi di dalam petai membantu mereka yg menghadapi masalah sembelit tanpa mengambil julap.

Senak Perut: Salah satu cara paling berkesan untuk mengatasinya ialah dengan membuat milkshake petai bercampur madu. Petai dengan bantuan madu akan melegakan ketidak selesaan perut, meningkatkan kadar gula dalam darah manakala susu membantu melegakan dan megembalikan kekurangan air dalam badan.

Pedih Hulu Hati: Petai merupakan antasid secara semulajadi, jadi sekiranya anda mengalami pedih hulu hati, makanlah petai, InsyaAllah ia akan melegakan..

Morning Sickness: Mengambil petai di dalam hidangan atau sebagai kudapan akan meningkatkan kandungan gula darah dan dapat mengelakkan rasa mual bagi mereka yang sedang mengandung.

Gigitan Nyamuk: Dengan menyapukan bahagian dalam kulit petai pada kawasan gigitan nyamuk, didapati dapat mengurangkan rasa gatal dan bengkak.



Saraf: Kandungan vitamin B yg tinggi dalam petai dapat membantu melegakan sistem saraf.

Lebih berat badan: Petai dipercayai dapat mengurangkan berat badan. Kajian yg dilakukan di Institut Psikologi di Austria menunjukkan berlebihan berat badan berpunca daripada perasaan tekanan yg menyebabkan tekanan darah tinggi. Dengan mengambil petai, seseorang akan dapat mengurangkan tekanan perasaan yg menyebabkan darah tinggi. Secara langsung, akan mengurangkan risiko berlebihan berat badan.

Ulser: Petai merupakan makanan yg dapat mengelak dari masalah sistem penghadaman. Petai dapat menutralkan asid berlebihan di dalam sistem penghadaman dengan cara menyaluti seluruh permukaan perut kita.

Mengawal Suhu badan:
Sesetengah kaum tertentu menganggap petai sebagai "makanan penyejuk" yg dapat merendahkan suhu badan secara fizikal dan emosi ibu mengandung. Contohnya di Hoiland, ibu mengandung mengambil petai supaya bayi yg dilahirkan mempunyai suhu rendah.
Seasonal Affective Disorder (SAD) :
Didapati petai membantu pengidap SAD kerana kangungan Triptofananya boleh meningkatkan nilai emosi secara semulajadi.
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

Merokok:
Petai dipercayai membantu seseorang untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin B6, B12, Potasium dan Magnesium didapati membantu proses pemulihan akibat kesan sampingan nikotina.

Tekanan emosi:
Potasium merupakan mineral sangat penting, yg membantu mengawal degupan jantung secara normal , untuk menghantar oksijen ke otak dan mengawal keseimbangan air dalam badan.Kadar metabolisme seseorang akan meningkat semasa mengalami tekanan emosi, tugas potasium untuk merendahkannya. Dengan mengambil petai yg tinggi potasium, keadaan ini akan terkawal.

Angin Ahmar:
Mengikut kajian dalam "Jurnal Perubatan New England" memakan petai dalam diet seharian akan mengurangkan risiko kematian akibat angin ahmar sehingga 40%.

Ketuat:
Mereka yg menggunakan kaedah semulajadi untuk mengatasi masalah ketuat mendapati, dengan menggosokkan isi petai dan membiarkannya akan membunuh ketuat. Letakkan sedikit petai di bahagian ketuat, tampal dengan plaster, biarkan beberapa jam.

Kesimpulannya, petai merupakan penyembuh semulajadi untuk beberapa penyakit. Berbanding dengan epal, petai mengandungi 4 kali ganda protein, 2 kali ganda karbohidrat, 3 kali ganda posforus, 5 kali ganda vitamin A dan zat besi/ferum, dan 2 kali ganda vitamin dan mineral yg lain. Juga kaya dengan potasium yg merupakan makanan paling berkhasiat yg mudah didapati. Jadi mungkin kini tibalah masanya untuk kita menukar frasa yg biasa kita dengar ini kepada " A Petai a day keeps the doctor away".

Khasiat Pucuk Gajus

Pucuk gajus

Pilihan alternatif bagi mengekalkan wajah cantik ialah menerusi penggunaan
herba atau jamu yang tidak kurang sambutannya.
Pembaca berpeluang mencuba kaedah penjagaan wajah dan kulit menggunakan
herba GAJUS atau dikenali sebagai KETEREH, JANGGUS dan JAMBU GOLOK.

Herba dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari
keluarga tumbuhan Anacardiaceae.
Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM)
sebelum ini membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.
Pucuk gajus didapati mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik.
Di dalam pucuk gajus terdapat bahan antioksida yang boleh
meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan.
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains,
Universiti Putra Malaysia (UPM),
Tajuddin Abdul Manap memberitahu,
pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan.
Menurut beliau,
ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.


Pucuk yang telah dibersihkan dimakan begitu saja sebagai
ulam ataupun diminum air rebusannya.
``Mereka yang mengamalkannya dapat merasakan perbezaan kehalusan
kulit di samping ia turut memberi kesegaran kepada tubuh,''
ujar beliau. Tambah Tajuddin,
selain khasiat awet muda dan kesegaran tubuh,
pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi
dan mengurangkan sakit kencing manis.

Kerabu pucuk gajus

Menurut beliau,
air rebusan pucuk daun atau kulit kayu pokok gajus yang dikumur- kumurkan
juga boleh mengubati sakit seriawan atau ulser mulut.
Manakala kulit kayu pokok gajus yang digiling sampai lumat boleh merawat luka,
badan melecur, sakit gigi, tapak kaki pecah-pecah dan
terkena gigitan binatang berbisa.
``Kulit kayu yang telah digiling atau ditumbuk halus itu
ditampalkan pada bahagian-bahagian berkenaan.
``Bagi kes sakit digigit binatang bisa,
pesakit perlu mengeluarkan bisanya terlebih dahulu
sebelum melakukan kaedah rawatan menggunakan kulit kayu gajus ini,'' jelasnya